X hits on this document

76 views

0 shares

0 downloads

0 comments

10 / 28

10

Mendapatkan pinjaman perniagaan semasa kemerosotan ekonomi

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah sangat penting pada pertumbuhan dan perkembangan ekonomi. Adalah penting untuk memberikan mereka sokongan yang kuat untuk menempuh kemerosotan ekonomi. Jika pemilik perniagaan mengendalikan perniagaan mereka secara profesional dan mengetahui cara yang betul untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bank, mereka akan mampu bertahan atau malah lebih maju ketika masa-masa sukar.

Bagi kebanyakan PKS, pembiayaan daripada pihak bank merupakan sumber sokongan yang penting semasa kemerosotan ekonomi. Untuk mendapatkan pembiayaan tidaklah begitu sukar, dengan syarat PKS berupaya membayar balik pinjaman. Ini merupakan faktor utama untuk dipertimbangkan oleh pihak bank apabila menilai sebarang permohonan pinjaman perniagaan.

Sesebuah perniagaan akan lebih mudah lagi mendapat pembiayaan jika ia mempunyai hubungan yang mantap dengan pihak bank. Dengan menunjukkan bahawa perniagaan tersebut menggunakan akaun dan kredit bank dengan penuh tanggungjawab pada masa baik atau buruk, memberikan keselesaan kepada pihak yang memberi pinjaman. Syarikat yang telah menjalin hubungan jangka panjang yang baik dengan pihak bank – walaupun hanya dengan membuat akaun kendalian - lazimnya akan mendapat pembiayaan daripada pihak bank dengan lebih mudah dan cepat daripada peniaga biasa. Ini adalah kerana rekod prestasi kewangan perniagaan memberikan pihak bank kefahaman yang lebih baik mengenai keadaan pelanggan dan dengan yang demikian pihak bank boleh memproses permohonan pinjamannya dan memberikan penyelesaian kewangan terbaik dengan cepat.

Keupayaan pembayaran, suatu faktor penentu PKS hendaklah mengamalkan ketekunan yang sewajarnya terhadap perniagaan mereka sendiri sebelum bercadang untuk meminjam semasa kemerosotan ekonomi dan memastikan pembayaran balik pinjaman dapat diuruskan sebelum berjumpa dengan pihak bank.

PKS hendaklah mempertimbangkan bahawa selaras dengan amalan baik perbankan, pihak bank lazimnya memerlukan beberapa bentuk cagaran seperti inventori atau aset pemilik perniagaan supaya risiko yang diambil, dikongsi bersama dengan adil antara pihak bank dan pelanggan.

Tetapi pertimbangan utama dari sudut pandangan pihak bank ialah keupayaan pembayaran balik. PKS boleh membuktikan keupayaannya untuk membayar balik pinjaman dengan beberapa cara termasuk aliran tunai yang kukuh, sejarah keuntungan dan kredit yang baik dan ramalan perniagaan positif. PKS hendaklah menganggap pihak bank sebagai rakan niaga mereka dan memaklumkan pihak bank tentang keadaan kewangan mereka.

Pihak bank menghargai peminjam yang jujur dan berterus terang. Pertimbangan ini: adakah awda mengatakan “ya” jika seseorang cuba meminjam wang dari awda tetapi enggan memberitahu awda sebabnya. Demikian juga jika pelanggan yang tidak mempunyai sebarang rekod pinjaman dengan pihak bank tidak akan dapat menyediakan maklumat latar belakang yang mencukupi, maka adalah sangat sukar bagi pihak bank untuk memberikan penyelesaian pembiayaan yang bersesuaian. Dengan memberikan gambaran yang lengkap dan betul tentang keadaan syarikat, maka pihak bank akan dapat membuat secara khusus penyelesaian pembiayaan yang bersesuaian bagi pelanggan dan berdaya maju bagi pihak bank.

Baru-baru ini, salah satu daripada pelanggan PKS kami, sebuah syarikat pembinaan, telah memohon tambahan dalam kemudahan pinjamannya. Syarikat tersebut melihatkan peluang perniagaan berdasarkan pada pelancaran beberapa projek kerajaan.

Sebagai pelanggan jangka panjang sejak beberapa dekad yang lalu syarikat tersebut telah pun menjalin hubungan erat dengan pihak bank dan kami percaya bahawa syarikat tersebut telah maju dan mendapat keuntungan yang banyak setiap tahun. Pihak bank telah meluluskan pinjaman lebih $500,000 bagi pelanggan ini.

Jika PKS dapat membuktikan keupayaannya untuk mengurus kewangan dengan betul dan menjalankan rancangan kemajuan jangka panjang, maka ia akan lebih menyakinkan lagi pihak bank.

Membina rasa saling percaya untuk menempuh masa-masa sukar bersama

Memilih jenis pembiayaan yang betul Dalam persekitaran ekonomi pada masa ini, penyelesaian yang terbaik bagi PKS ialah pinjaman berstruktur, seperti pembiayaan perdagangan yang boleh disesuaikan dengan kitaran modal kerja mereka, iaitu masa antara membelanjakan wang tunai untuk belian

Document info
Document views76
Page views76
Page last viewedSat Dec 10 06:39:14 UTC 2016
Pages28
Paragraphs401
Words12249

Comments