X hits on this document

80 views

0 shares

0 downloads

0 comments

11 / 28

dan overhed dan memunggut wang tunai daripada pelanggan.

Terserahlah kepada PKS untuk mendapatkan gambaran yang jelas terlebih dahulu mengenai aset dan liabiliti mereka sendiri dan menilai diri mereka sendiri apakah keperluan mereka sebenarnya, dengan yang demikian mereka dapat mengkaji bersama pihak bank untuk memilih jenis pinjaman yang tepat bagi keperluan khusus mereka. Apabila PKS menemui pihak bank bagi pinjaman perniagaan, mereka perlu bersikap terbuka mengenai tujuan mereka untuk mendapatkan pinjaman supaya pihak bank akan dapat menilai risiko dan memberikan penyelesaian pembiayaan yang terbaik.

Contohnya, syarikat yang kekurangan aliran tunai seharusnya tidak mengambil pinjaman gadai janji untuk membuat spekulasi di pasaran hartanah yang sedang meningkat.

Sekalipun syarikat tersebut memohon untuk pinjaman sedemikian, sebuah bank yang bertanggungjawab setentunya akan menolak permohonan tersebut untuk mengelakkan syarikat berkenaan daripada menghadapi kesulitan kewangan yang lebih besar lagi.

Kami percaya bahawa PKS adalah merupakan nadi sebahagian besar ekonomi dan kejayaan mereka akan mewujudkan pertumbuhan ekonomi. HSBC adalah penyokong perniagaan yang merasa bangga kerana berjaya mengatasi cabaran persekitaran ini dan terus mencari peluang untuk pertumbuhan ekonomi.

11

Document info
Document views80
Page views80
Page last viewedSat Dec 10 13:22:05 UTC 2016
Pages28
Paragraphs401
Words12249

Comments