X hits on this document

57 views

0 shares

0 downloads

0 comments

13 / 28

Mengendalikan risiko mengimport

Walaupun pemerolehan produk secara global boleh menggurangkan kos bagi pembeli dan menjadikannya lebih berdaya saing, akibat kewangan boleh menjadi tegang apabila berurusan dengan pasaran asing yang tidak diketahui. Noorhayati Han, Rangkaian Perdagangan dan Bekalan, HSBC, Brunei membincangkan beberapa tip tentang pengendalian risiko bagi para pengimport.

  • Kumpulkan maklumat tentang persekitaran perniagaan pembekal sebanyak

mungkin Memahami budaya negara tersebut termasuk peraturan perniagaan yang tidak dinyatakan, boleh menjadi satu perbezaan apabila cuba untuk merunding kontrak yang menguntungkan. Gunakan kajian pasaran yang ada secara umumnya untuk mengetahui persekitaran politik, ekonomi, budaya dan perniagaan negara pembekal. Dengan dilengkapi dengan maklumat ini, seorang pengimport akan kurang mengalami masalah yang tidak dijangkakan. Perkongsian dengan bank antarabangsa yang mempunyai pejabat di negara pengimport dan juga negara penjual adalah bermanfaat kerana pihak bank mempunyai staf penutur bahasa ibunda di negara penjual dan memahami budaya perniagaan tempatan.

  • Menilai kebolehpercayaan pembekal

Sebagai pengimport, adalah penting untuk berurusan dengan pembekal yang boleh dipercayai untuk menghantar kualiti dan kuantiti yang betul dan juga tepat pada masanya. Untuk membantu menilai keupayaan pembekal seorang pengimport mungkin mahu mempertimbangkan sistem kerja pembekal. Apakah piawai perkhidmatan mereka dan adakah amalan perkerjaan mereka beretika? Buat juga pemeriksaan dari mana datangnya bahan mentah tersebut dan jika sumberluaran pembekal boleh dijadikan petunjuk yang berguna. Seorang pengimport hendaklah mengetahui reputasi pembekalnya kerana ia akan menjejaskan reputasi mereka juga.

  • Meminimumkan kesan daripada masalah penghantaran import Semakin jauh perjalanan barangan import maka barang tersebut dan semakin ianya mudah pecah atau mudah rosak, maka semakin tinggi risiko kemungkinan barangan hilang dalam persinggahan atau mengalami kerosakan. Seorang pengimport hendaklah memastikan terdapat kontrak yang jelas dengan menggunakan Incoterms/ Syarat-syarat Perdagangan untuk penghantaran yang diterima antarabangsa. Dengan memastikan adanya insuran yang tepat juga akan mengurangkan risiko berkaitan

dengan persinggahan. Pihak bank yang memfokus kepada perdagangan antarabangsa boleh membantu insuran jenis ini. Import penjelasan melalui kastam mungkin mengakibatkan kelambatan jika persuratan yang sebetulnya tidak disediakan. Menggunakan agen pengimport atau penghantar kargo yang mempunyai pengetahuan dalam mengendalikan pelepasan kastam adalah satu pilihan untuk membantu mempercepatkan proses ini.

  • Menyimpan catatan yang betul

Peniaga-peniaga hendaklah memastikan bahawa seluruh kitaran pengimportan daripada pesanan belian hingga penghantaran barangan didokumenkan dengan betul. Dalam hal yang menimbulkan sebarang konflik, ia boleh diselesaikan dengan mudah jika terdapat bukti syarat-syarat yang dipersetujui. Pengimport hendaklah mengadakan perbincangan yang terperinci dan nyata bersama pembekal mereka berkenaan syarat- syarat pembayaran awal. Ia juga pelaburan yang bermanfaat untuk mendapatkan nasihat perundangan bagi memastikan kepentingan pengeksport adalah terlindung dan semua pihak dapat memenuhi persyaratan.

  • Sedari implikasi pembayaran

Jika barangan dibayar lebih awal, terdapat risiko barangan tersebut mungkin tidak akan sampai. Mendapatkan semula wang yang telah dibayar atau menuntut ganti rugi boleh memakan masa dan mahal. Malah seringkali terbukti sebagai mustahil. Menggunakan cara pembayaran yang sesuai boleh melindungi pengimport daripada risiko ini. Meminta syarat kredit daripada pembekal atau jika pembekal suka, gunakan kutipan atau kredit berdokumen yang diproses melalui bank. Cara yang kedua lebih selamat kerana ia memberikan perlindungan kepada kedua-dua pembeli dan penjual secara global. Sebuah bank yang berpengetahuan dalam perdagangan antarabangsa boleh memberikan nasihat tentang cara pembayaran yang terbaik bagi kegunaan dalam pelbagai senario. Cara pembayaran yang berbeza juga mempengaruhi masa pembayaran. Sebelum bersetuju terhadap syarat-syarat kontrak, seorang pengimport hendaklah memahami bagaimana cara pembayaran yang dipilih akan mempengaruhi aliran tunai mereka.

  • Bersedia untuk berurusan menggunakan matawang asing Seorang pengimport hendaklah menilai kos dan risiko berurusan menggunakan matawang asing. Apabila berniaga menggunakan matawang asing, seorang pengimport

13

Document info
Document views57
Page views57
Page last viewedSat Oct 29 00:25:52 UTC 2016
Pages28
Paragraphs401
Words12249

Comments