X hits on this document

72 views

0 shares

0 downloads

0 comments

16 / 28

16

Menang dalam krisis ekonomi

Tidak diragukan lagi bahawa kemerosotan ekonomi pada masa ini menggambarkan keadaan yang sukar untuk beroperasi, namun terdapat peluang perniagaan bagi mereka yang tahu mencarinya.

fesyen atasan di Hong Kong memahami bahawa orang akan kurang berkesanggupan untuk membelanjakan wang untuk barang mewah berkualiti tinggi, jadinya mereka telah beralih fokus pada barang kemas yang mampu dibeli. Pusing ganti jualan mereka yang semakin berkembang telah membuktikan kebijaksanaan strategi itu.

Semasa awda membuka bungkusan untuk makan tengah hari, fikirkan siapa yang menang dalam kemerosotan ekonomi. Salah satu dari pelanggan kelompok kami di Hong Kong, syarikat pengilang pembungkus plastik, memberitahu kami bahawa syarikatnya telah merekodkan pusing ganti jualan yang tinggi akhir-akhir ini, kerana orang lebih suka memasak di rumah dan makan lebihan makanan untuk menjimatkan wang.

Dengan memahami asas pelanggan berpotensi dan tabiat pembelian mereka, awda boleh memenuhi keutamaan pembelian mereka dengan lebih tepat dan mengukuhkan lagi hubungan dengan mereka, dan dengan demikian mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengekalkan jangka panjang perniagaan awda.

Tidak diragukan lagi bahawa kemerosotan ekonomi pada masa ini menggambarkan keadaan yang sangat sukar untuk beroperasi, namun terdapat peluang perniagaan bagi mereka yang tahu mencarinya.

Satu lagi pelanggan perniagaan kelompok kami, sebuah syarikat rangkaian makanan segera, telah menjadi pemenang dengan mengambil kesempatan dari dua aspek kemerosotan ekonomi ini dengan membuka cawangan baharu.

Tajuk-tajuk berita mungkin menyedihkan, tetapi sebagai sebuah bank perniagaan, kami telah berkali-kali menyaksikan perniagaan yang cepat menerima realiti keadaan, yang boleh mengadaptasikan dan mencari cara yang kreatif untuk mengurus, mempunyai peluang yang sangat baik bukan hanya untuk dapat bertahan semasa krisis, malah berkembang maju dalam jangka panjang.

Pihak pengurusan telah dapat menjangka permintaan pasaran yang semakin meningkat bagi makanan segera dan oleh itu, merebut peluang untuk memulakan pajakan baharu dengan segera memandangkan kadar sewa yang berkurangan dalam pasaran hartanah.

Memerhati saingan

Memahami keperluan pelanggan

Dapat dilihat dengan jelas, bukan hanya syarikat yang menerima kesan dari krisis ekonomi, pengguna juga mencuba dengan bersungguh-sungguh untuk menyesuaikan diri dengan masa sukar ini.

Selain dari permintaan pasaran, adalah penting untuk mengetahui keberdayasaingan pasaran awda. Satu lagi pelanggan kelompok kami, sebuah syarikat seramik, telah dapat meningkatkan margin untung dengan menaikkan harganya kerana sebilangan pesaing telah pun gulung tikar.

Jangan hentikan pemasaran.

Tetapi adakah awda tahu apakah keperluan mereka untuk mengurus keadaan mereka sendiri secara berkesan?

Setentunya, setiap perniagaan perlu berhati-hati dengan kos, tetapi fikir dua kali jika awda mempertimbangkan untuk menghentikan inisiatif pemasaran awda.

Mencuba untuk memahami pandangan pelanggan awda membolehkan awda memberikan khidmat kepada mereka dengan lebih baik lagi. Memandangkan keadaan ekonomi yang semakin menurun, salah sebuah syarikat barang kemas

Secara perbandingan memanglah lebih berkesan dari segi kos untuk mendapat perhatian daripada pelanggan dalam pasaran murah ketika saingan menarik diri.

Document info
Document views72
Page views72
Page last viewedThu Dec 08 04:57:56 UTC 2016
Pages28
Paragraphs401
Words12249

Comments