X hits on this document

73 views

0 shares

0 downloads

0 comments

19 / 28

Mengendali akaun bank perniagaan awda di talian dengan selamat

Kemunculan perbankan internet merubah kegiatan perniagaan kecil. Bagi pengusaha kecil dan sederhana dengan sumber yang terbatas, berkemampuan untuk mengendalikan urusan kewangan mereka di waktu siang atau malam tanpa meninggalkan urusan pejabat adalah tidak ternilai harganya.

Kini HSBC mempunyai 800,000 pelanggan perbankan internet perniagaan yang aktif di seluruh dunia, naik 24% daripada tahun lepas dan masih terus berkembang.

Bagi pelanggan perniagaan, perbankan internet menawarkan perkhidmatan perbankan yang meluas, termasuk pertanyaan baki akaun dan sejarah urusniaga, pembayaran tempatan dan luar negeri, bayaran auto gaji pekerja, pembayaran bil, perkhidmatan perdagangan, perdagangan sekuriti, permohonan pinjaman, sebut harga dan permohonan insuran, pembukaan akaun, permohonan kad kredit dan banyak lagi.

Sementara perbankan atas talian memberikan perkhidmatan yang mudah dan efisien kepada pelanggan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, ia juga disertai dengan risiko keselamatan yang dikaitkan dengan internet. Tetapi seperti risiko perniagaan lain, risiko ini juga boleh dikendalikan dengan syarat peniaga-peniaga mengamalkan pengurusan pejabat dengan baik untuk mengukuhkan keselamatan yang dibina oleh pihak bank ke dalam sistem ini, termasuk;

  • Mengakses kawalan dengan menghadkan urusniaga – Pastikan komputer awda dan akses ke sistem perbankan internet selamat. Dari hari pertama, letakkan kawalan pada akses sistem perbankan internet dengan menghadkan urusniaga yang bersesuaian bagi individu.

  • Keterangan log masuk individu – Pastikan setiap orang yang dibenarkan untuk menggunakan sistem tersebut mempunyai keterangan log masuk yang berasingan dan disimpan secara rahsia. Jika terdapat lebih banyak pengguna daripada log masuk, pekerja akhirnya akan berkongsi, dan ini akan berkompromi keselamatan. Ingatkan setiap pengguna untuk log keluar daripada akaun mereka apabila telah selesai.

  • Kata laluan selamat – Begitu juga, setiap pengguna hendaklah memilih satu kata laluan selamat. Nasihatkan pengguna untuk tidak menggunakan perkataan sebenar atau maklumat peribadi sebagai sebahagian daripada kata laluan mereka. Dan juga pengguna hendaklah menghindari dari pilihan “Remember my Password” jika didorong oleh komputer mereka dan sentiasa tukar kata laluan mereka sekurang-kurangnya setiap tiga bulan sekali.

  • Firewall yang kukuh – Firewall komputer menghalang akses yang tidak dibenarkan daripada internet ke dalam komputer oleh hacker yang mencuba untuk memuat turun maklumat daripada komputer awda. Untuk melindungi sistem awda daripada serangan luar, selain daripada memasang firewall yang kukuh, perisian keselamatan yang dapat dikemas kinikan hendaklah segera dipasang dan sistem hendaklah sentiasa diimbas untuk virus dan alat pengintip.

  • Kesedaran mengenai “phishing scam” – Ingatkan pekerja awda untuk menolak sebarang e-mel yang meminta seseorang untuk mengikuti rangkaian ke laman web dan memasukkan butiran akaun input bagi pengesahan. Pihak bank awda tidak akan menghantar e-mail kepada awda untuk meminta awda mengesahkan keterangan awda dan awda sepatutnya tidak menjawab e-mel yang tidak diminta yang mengaku datang daripada pihak bank awda. Namun, ia akan membantu jika awda memaklumkan pihak bank awda apabila awda menerima e-mel seperti ini agar pelanggan lain boleh juga diperingatkan.

Pada keseluruhannya perbankan internet adalah peralatan yang bernilai, efisien dan mudah bagi menjalankan perniagaan asalkan ia digunakan dengan cara yang selamat dan terjamin.

19

Document info
Document views73
Page views73
Page last viewedThu Dec 08 22:21:52 UTC 2016
Pages28
Paragraphs401
Words12249

Comments