X hits on this document

82 views

0 shares

0 downloads

0 comments

21 / 28

Pertimbangan bagi menjalankan perniagaan di China

Dengan perubahan ekonomi negara China yang cepat, undang-undang komersial China juga berubah dengan cepat untuk menyelaraskan dengan undang-undang komersial Barat.

“Untuk berjaya dalam menjalankan perniagaan di China, Perniagaan Kecil dan Sederhana [SMEs] perlu memberi perhatian bukan hanya terhadap persekitaran perniagaan, tetapi juga kepada perubahan persekitaran perundangan di Tanah Besar,” kata Irene Tse, Ketua Perbankan Korporat, HSBC Brunei.

Kontrak

Buat perjanjian hanya apabila awda telah mendapatkan penasihat guaman dari peguam perundangan awda. Dalam kontrak awda, spesifikasikan syarat sebenar pembayaran, piawai perlaksanaan dan ketetapan masa dan apa akan terjadi jika satu pihak

mungkir. Berhati-hati terhadap tuntutan undang-undang orang Cina yang

perjanjian

tertentu

dalam

kontrak

awda

  • jangan

bersetuju

kepada

memerlukan syarat-syarat

perjanjian dalam awda tidak dapat

sebuah kontrak menjamin yang

yang klien

bukan di bawah kawalan awda akan menerima visa

awda. Contohnya, jika awda diminta

Undang-undang dan peraturan

untuk menspesifikasikan dalam pengeluaran luar negeri awda.

kontrak

bahawa

mereka

mesti

melawat

kemudahan

Bersedia untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan orang Cina, sekalipun awda mencari cara untuk mengelakkannya di peringkat permulaan. Persoalkan sebarang perjanjian di mana awda diberitahu yang awda boleh menghindari undang-undang, jika tidak awda akan mendapati risiko perniagaan awda dikaitkan dengan amalan yang menyalahi undang-undang dan juga kemungkinan hukuman atau denda. Pada masa yang sama, berhati-hati terhadap sebarang peraturan negara lain yang berkaitan. Contohnya, jika awda mengeksport teknologi daripada Amerika Syarikat ke China, perhatikan Peraturan Biro Industri dan Keselamatan Amerika Syarikat kerana undang-undang Amerika melarang pemindahan beberapa teknologi yang sensitif tanpa lesen.

Rakan kongsi

Lakukan usaha sewajarnya untuk memastikan bahawa rakan kongsi awda adalah penyumbang separuh daripada syarikat terbesar dan jika mereka mungkir dalam pembayaran, awda boleh mengutipnya daripada syarikat induk. Awda boleh melakukannya dengan mengupah firma pakar perunding korporat sewajarnya. Periksa reliabiliti data rakan kongsi awda daripada sumber bebas. Jangan hadkan kajian awda hanya dengan bercakap kepada orang-orang yang rakan kongsi awda arahkan. Pastikan rakan perundingan awda mempunyai kuasa untuk membuat keputusan, dan kontrak tersebut mewujudkan situasi “menang-menang” agar mereka bersedia melakukan apa saja yang tertulis dalam kontrak. Awda boleh kehilangan banyak wang jika awda berurusan dengan rakan kongsi yang salah.

Kadang-kadang, perbezaan di antara orang Cina dan norma budaya awda mungkin membawa kepada perbezaan interpretasi kepada fakta atau syarat-syarat yang sama. Apabila menandatangani kontrak, pastikan ia dibantu oleh penasihat perundangan awda supaya awda dan rakan awda memahami perkara yang dipersetujui.

Syarat-syarat pembayaran

Beri perhatian yang teliti tentang masa dan cara awda dibayar dan bentuk mata wang yang digunakan. Semak bersama penasihat perundangan untuk menentukan syarat- syarat pembayaran yang lazimnya digunakan bagi jenis transaksi tertentu. Lindungi diri awda daripada kerugian dengan menggunakan suratcara kewangan dengan bank antarabangsa seperti surat kredit.

Jika awda tidak mahu menggunakan surat kredit, dapatkan persetujuan rakan kongsi awda untuk membuat bayaran pendahuluan. Kecuali awda merasa selesa dengan kedudukan rakan kongsi awda, jangan bersetuju terhadap pembayaran selepas penghantaran yang kurang selamat. Bagi kebanyakan projek yang besar, kombinasi pembayaran pendahuluan dan selepas penghantaran bersama surat kredit adalah biasa bagi syarikat orang-orang Cina.

Keseluruhannya, negara China mempunyai banyak undang-undang yang menggalakkan, menyekat dan mencegah pelaburan dalam sektor industri tertentu. Ada baiknya dipelajari jika undang-undang ini digunakan dalam perniagaan awda apabila melabur di China.

21

Document info
Document views82
Page views82
Page last viewedSat Dec 10 19:16:24 UTC 2016
Pages28
Paragraphs401
Words12249

Comments