X hits on this document

77 views

0 shares

0 downloads

0 comments

23 / 28

Tip untuk membuat Perniagaan di China

Kefleksibelan dan kebolehsesuaian adalah faktor penting untuk berjaya bagi kebanyakaan syarikat asing di China. Dengan menunjukkan penghargaan dan kepekaan terhadap adat resam perniagaan tempatan boleh membuat perubahan besar bagi sebarang perniagaan yang cuba untuk memasuki pasaran tanah besar China.

memudahkan mereka yang bukan asalnya berbahasa Inggeris untuk memahami. Ia juga akan memudahkan mana-mana penterjemah untuk menterjemahkan. Mereka tidak mempunyai kebiasaan untuk menyuruh orang bagi mengulangi atau menjelaskan, kerana takut kelihatan kurang sopan dan kurang mahir dalam bidang profesional mereka.

Berikan kad nama – Bawa banyak kad nama ke mesyuarat di tanah besar China. Adalah bijak untuk menterjemah nama dan gelaran jawatan awda dalam bahasa Cina dan mencetaknya pada kad awda. Orang Cina sangat menitikberatkan formaliti saling bertukar kad nama apabila mereka berjumpa buat pertama kali.

Bersikaplah dengan sopan ketika memberi dan menerima kad nama dengan menggunakan kedua belah tangan mengikut kelaziman dan jangan menyimpan kad yang diterima dengan segera. Letakkan kad tersebut di atas meja atau pegang buat seketika, atau lebih baik lagi, usahakan untuk melihat gelaran jawatan orang tersebut.

Berikan masa untuk berbual-bual kosong – Bersabarlah. Untuk membina hubungan dengan orang Cina dan memberikan mereka rasa “ada hubungan” secara semula jadi dengan awda memang mengambil masa yang lama. Ahli perniagaan Cina suka berbual- bual kosong dan beramah mesra, dan ingin tahu tentang diri awda secara peribadi sebelum mencapai persetujuan dalam urus niaga. Topik seperti sukan, cuaca dan hobi adalah baik untuk menghilangkan rasa kekok bersama mereka.

Komunikasi antara perseorangan – Cari peluang untuk bercakap dengan seseorang secara satu sama satu untuk mendapatkan gambaran yang lebih baik mengenai perkara yang berlaku dari perspektif mereka. Mereka pada kebiasaanya tidak mudah untuk menyatakan perkara yang mereka fikirkan di tempat umum, tetapi mereka merasa bebas untuk meluahkan pendapat mereka apabila mereka bersendirian tanpa rakan niaga mereka.

Jaga bahasa badan awda – Sentiasalah senyum untuk menunjukkan yang awda berminat. Senyuman adalah merupakan cara berkomunikasi biasa di China, terutama sekali di kalangan orang asing. Mereka sangat suka senyum. Memang menarik sekali untuk diambil perhatian bahawa mereka suka menggunakan senyuman sebagai mekanisma bela diri, apabila mereka cemas, tidak selesa, malu atau tidak tahu apa yang harus dibuat. Elakkan bertentangan mata terlalu lama dengan mereka.Dalam budaya mereka, bertentangan mata terlalu lama adalah dipandang sebagai tanda mencabar atau keingkaran, terutama sekali orang bawahan semasa bercakap kepada ketua mereka.

Perjumpaan yang pertama jarang sekali membuahkan hasil. Jangan sekali-kali berkata “tidak” - Elakkan perkataan “tidak”. Sebaliknya gunakan “mungkin” atau “Lihatlah nanti” dalam urusan perniagaan awda. Perlu diingat jika mereka menggunakan perkataan ini, selalunya mereka mengatakan “tidak” dengan cara yang sopan.

Mengelak dari memberikan jawapan secara terus terang yang mungkin mengecewakan pihak lain adalah merupakan amalan budaya biasa bagi mereka. Perlu disedari bahwa mereka cenderung berkata “Ya” untuk menunjukkan yang mereka menumpukan perhatian terhadap awda atau mereka memahami apa yang awda katakan, dan bukannya menyetujui dengan apa yang awda katakan atau maksudkan.

Berikan hadiah – Bersedia untuk memberi dan menerima hadiah daripada rakan niaga. Walau bagaimanapun, jangan lupa untuk memberikan hadiah secara bersendirian, bukannya di hadapan ahli organisasi lain yang mungkin disalah-tafsirkan sebagai rasuah. Elakkan dari memberikan jam dan apa-apa yang berwarna putih kerana kedua-duanya melambangkan kematian di negara China. Asalkan awda memasuki pasaran China dengan penuh kesedaran dan sanggup belajar dari rakan kongsi niaga awda tentang budaya perniagaan tempatan, menggembangkan perniagaan awda di tanah besar China tidak akan terlalu sukar. Belajarlah beberapa perkataan cina untuk menunjukkan minat awda terhadap bahasa dan budaya tersebut, yang nanti akan dapat digunakan untuk mengurangkan rasa kekok apabila berjumpa rakan kongsi awda buat kali pertama.

Berbincang atau berunding – Bercakaplah dengan perlahan-lahan, berhenti sejenak, dan elakkan slanga atau jargon semasa perbincangan dan perundingan. Ini akan

Yang paling penting, berusahalah tetapi jangan risau tentang kesempurnaan kerana kebanyakan mereka tidak mengharapkan awda tahu tentang semua etiket mereka, dan mereka memberi kelonggaran kepada orang asing.

23

Document info
Document views77
Page views77
Page last viewedSat Dec 10 07:54:53 UTC 2016
Pages28
Paragraphs401
Words12249

Comments