X hits on this document

59 views

0 shares

0 downloads

0 comments

25 / 28

Tip Penting HSBC untuk para pengeksport

Menjual produk dan perkhidmatan ke seberang laut boleh mendatangkan kerumitan kepada para pengeksport kecil. “Berurusan dengan bank awda dan rakan kongsi yang lain untuk mengelakkan kesulitan pembayaran yang tidak diduga,” nasihat Noorhayati Han, Ketua Bahagian Rantaian Perdagangan dan Pembekalan HSBC Brunei.

  • Melindungi daripada risiko pelanggan yang mungkir Ramai para pengeksport memandang rendah terhadap risiko memberi kredit kepada pelanggan-pelanggan luar negeri. Adalah sukar untuk memahami pembeli atau reputasi mereka dan sukar untuk mendapatkan data kewangan sekiranya mereka itu bukan syarikat yang tersenarai secara terbuka. Para pengeksport perlu memikirkan cara untuk melindungi atau menjamin diri mereka daripada risiko kemungkiran pelanggan dengan kaedah pengurangan risiko seperti kredit berdokumen.

  • Menjadi rakan niaga bank antarabangsa Kadang-kadang pemberian kredit akaun terbuka adalah mustahak untuk mendapatkan pesanan, tetapi bagaimana syarikat mendapatkan bayaran daripada pelanggan luar negeri apabila tidak ada sebarang jaminan bank yang mendasarinya? Menjadi rakan niaga sesebuah bank yang memiliki pejabat di negara pengeksport begitu juga dengan negara pembeli boleh menguntungkan, terutamanya memandangkan bank tersebut mempunyai perkerja-perkerja yang boleh bertutur dalam bahasa tempatan pembeli dan memahami cara perniagaan dijalankan di negara pembeli tersebut.

Bank tersebut dapat membantu awda untuk memastikan tempoh kredit yang munasabah di samping menghindarkan dari kelewatan pelanggan yang tidak munasabah.

  • Peka terhadap budaya perniagaan tempatan Memahami budaya negara pembeli, termasuk juga peraturan perniagaan yang tidak dinyatakan, boleh memperlihatkan perbezaan yang ketara antara menerima pesanan atau gagal menerima pesanan. Jangan memandang rendah terhadap perbezaan budaya, sebagai contoh, walaupun di negara yang berbahasa Cina atau wilayah seperti di Tanah Besar China dan Taiwan,

memang terdapat perbezaan yang tidak ketara dari segi bahasa dan juga adat resam.

Adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, sama ada yang terdapat di negara pembeli atau pakar-pakar yang menyediakan kursus antarabudaya mengenai keberkesanan perniagaan. Rakan niaga perbankan antarabangsa seperti HSBC, juga boleh membantu.

  • Simpan rekod yang betul

Perniagaan hendaklah memastikan keseluruhan kitaran pesanan atau invois adalah didokumentasikan dengan betul agar dapat membuktikan dengan jelas syarat-syarat yang telah dipersetujui dengan pembekal dan pelanggan dan untuk membantu menyelesaikan sebarang pertelingkahan yang mungkin timbul.

Para pengeksport hendaklah terlebih dahulu mengadakan perbincangan yang terperinci dan tulus dengan pelanggan-pelanggan mereka mengenai syarat dan proses pembayaran.Mendapatkan nasihat guaman juga merupakan satu pelaburan yang bermanfaat dalam memastikan kepentingan para pengeksport dilindungi dan semua pihak dapat memenuhi syarat-syarat secara munasabah.

  • Bersedia untuk berurusan dalam mata wang asing Adakah pembeli tersebut bimbang mengenai kos dan risiko berurusan dalam mata wang asing?

Adalah lebih baik untuk menyediakan sebut harga dalam mata wang pembeli itu sendiri. Walaupun ini memindahkan risiko mata wang asing kepada para pengeksport tersebut, terdapat banyak lagi cara bagi para pengeksport untuk menangani kos berisiko tersebut dengan cara yang berkesan, dengan yang demikian dapat memastikan kadar mereka kelihatan lebih berdaya saing.

Sebagai contoh, pengeksport boleh mengaturkan kontrak pertukaran asing, yang membolehkan mereka untuk membeli atau menjual jumlah tertentu mata wang asing dengan kadar yang tertentu pada atau sebelum tarikh yang telah ditetapkan, untuk melindungi perniagaan mereka daripada perubahan mata wang pada masa hadapan, atau membuka akaun mata wang asing untuk membuat dan menerima bayaran.

25

Document info
Document views59
Page views59
Page last viewedSat Dec 03 09:40:22 UTC 2016
Pages28
Paragraphs401
Words12249

Comments