X hits on this document

64 views

0 shares

0 downloads

0 comments

26 / 28

26

  • Fleksibel tentang kewangan

Para pengeksport perlu mengimbangi kepentingan pembeli dengan kepentingan mereka sendiri. Semakin banyak risiko yang diambil oleh penjual, maka semakin mudah pula bagi pembeli tersebut untuk membeli.

Dengan rakan kongsi kewangan yang tepat, risiko tersebut dapat diuruskan untuk memaksimumkan lagi peluang jualan dengan risiko yang boleh diterima. Satu kaedah pengurusan risiko yang biasa ialah insurans kargo perkapalan, yang dibuat khusus untuk disesuaikan dengan keperluan khas syarikat.

Yang paling penting, selepas produk dihantar kepada pembeli, mengutip bayaran hendaklah menjadi keutamaan para pengeksport. Bagaimana cepatnya pembayaran itu diterima tergantung pada format wang itu dikirim dan kebersediaan pihak bank yang menerima untuk memprosesnya. Pihak bank menawarkan pelbagai pilihan kutipan bagi perniagaan.

Perbincangan secara terus terang bersama pihak bank adalah sangat penting bagi para pengeksport atau pembeli, untuk mengenal pasti penyelesaian yang tepat, dari pembiayaan kepada pengurusan risiko sehinggalah kepada kutipan.

Dengan struktur perbankan yang tepat, aliran tunai lebih mudah diramal, keputusan pembiayaan lebih mudah pula diketahui dan risiko yang berkaitan dengan perdagangan antarabangsa dapat diminimumkan.

Document info
Document views64
Page views64
Page last viewedSun Dec 04 23:03:59 UTC 2016
Pages28
Paragraphs401
Words12249

Comments