X hits on this document

65 views

0 shares

0 downloads

0 comments

5 / 28

Rancangan Perniagaan satu cara yang penting untuk berjaya

Irene Tse

Rancangan perniagaan adalah dokumen yang dengan jelas menerangkan cara awda merancang untuk menjalankan perniagaan awda. Jika ianya jelas di atas kertas, ia hendaklah sama jelasnya di minda awda. Adalah penting yang awda dapat mengenal pasti dan mengelak daripada kesulitan yang tidak diduga. Saya sarankan perkara yang perlu dan yang tidak perlu dibuat dalam menulis rancangan perniagaan.

Yang perlu dibuat

  • Berikan gambaran keseluruhan mengenai jenis perniagaan yang awda jalankan, kenapa awda menulis rancangan dan apa matlamat yang awda ingin capai dalam ringkasan eksekutif awda secara jelas dan padat – bagi tanggapan pertama yang baik untuk menarik pembaca.

  • Jelaskan secara terperinci jenis-jenis produk atau perkhidmatan awda dan mengapa orang ramai patut menyokongnya? Objektif apakah yang perniagaan awda akan penuhi yang tidak dapat dipenuhi oleh perniagaan lain?

  • Perkenalkan diri dan kumpulan awda. Yakinkan pembaca yang awda mempunyai kemahiran dan pengalaman untuk menghidupkan rancangan tersebut. Ingatlah rancangan sebaik mana pun hanyalah sekadar kerja fiksyen sehinggalah seseorang melakukannya.

  • Masukkan bahagian berikut dalam rancangan terakhir awda menurut keperluan khusus awda. Ringkasan Eksekutif, Analisis Situasi (SWOT), Strategi Perniagaan, Ramalan Kewangan, Kesimpulan/Cadangan dan sebarang dokumen atau rujukan sebagai sokongan.

  • Uji rancangan awda dengan menunjukkannya kepada penasihat profesional, kawan-kawan, peniaga lain dan mereka yang boleh menilai pendapat awda secara kritis. Jika mereka masih tertanya-tanya pastikan awda memasukkan jawapannya dalam rancangan terakhir awda. Gunakan maklum balas mereka yang bernilai untuk membantu awda memperbaiki rancangan awda sebelum berjumpa pengurus bank awda.

  • Rahsiakan. Cegah orang lain dari mencuri rahsia perdagangan yang belum lagi mempunyai sebarang perlindungan yang sah dan belum dipasarkan. Pastikan awda hanya mengongsi rancangan awda bersama mereka yang awda percayai.

Yang tidak perlu dibuat

  • Jangan lupa akan ringkasan eksekutif. Sebagai keterangan pengenalan, ia menyerlahkan aspek utama sebuah rancangan perniagaan untuk menarik pembaca agar membeli idea perniagaan tersebut. Tanpa gambaran keseluruhan yang ringkas ini, sebilangan pembaca mungkin tidak akan berminat bagi meluangkan lebih banyak masa untuk memutuskan jika rancangan awda memerlukan ulasan selanjutnya.

  • Jangan gunakan jargon, akronim atau bahasa teknikal. Elakkan perkataan dan ungkapan yang tidak begitu diketahui oleh seseorang yang tidak berpengalaman dalam bidang tertentu. Jika pembaca tidak dapat memahami dengan apa yang awda katakan, mereka tidak akan faham bagaimana awda akan menjalankan perniagaan yang berjaya.

  • Jangan buat ramalan kewangan yang tidak realistik. Lindungi kredibiliti rancangan awda. Lakukan pengiraan dan buat ramalan realistik berdasarkan kepada maklumat yang disediakan dalam rancangan awda.

  • Jangan anggap awda tidak ada pesaing. Jika awda beranggapan demikian, awda belum lagi melihat dengan lebih mendalam.

  • Jangan gunakan grafik tanpa bahan – dengan perisian komputer sofistikated yang kini mudah diakses, awda dengan mudah boleh terperangkap dengan estetik penekanan yang berlebihan dan boleh memesongkan pembaca daripada mesej utama awda. Gunakan grafik sebagai pelengkap daripada bahan, untuk logik dan pemikiran.

Yang penting, awda hendaklah memahami dan mempercayai rancangan awda kerana ianya adalah perniagaan awda dan bukannya bank awda.

5

Document info
Document views65
Page views65
Page last viewedMon Dec 05 10:49:14 UTC 2016
Pages28
Paragraphs401
Words12249

Comments