X hits on this document

75 views

0 shares

0 downloads

0 comments

8 / 28

8

Bentuk tadbir urus korporat yang baik Walau sekecil mana perniagaan awda, awda perlukan tadbir urus korporat yang baik. Tadbir urus korporat merupakan satu bentuk proses, kebiasaan, dasar, undang-undang dan institusi yang menentukan sesuatu perniagaan dijalankan. Walaupun kedengarannya seperti satu subjek hanya bagi koperasi-koperasi besar, tadbir urus korporat adalah relevan kepada PKS sehingga takat tertentu. Contohnya, semua koperasi hendaklah melaksanakan garispandu dan mekanisme ke atas keseluruhannya daripada penentuan harga hingga pemberian kuasa untuk memastikan staf memahami jangkaan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka.

Bagaimana awda menjalankan perniagaan awda? Adakah hanya awda yang berunding dengan pembeli atau memeriksa barangan yang sampai daripada pembekal? Adakah awda merasa selesa memberikan tugasan ini kepada staf awda? Jika tidak, syarikat awda mungkin kekurangan tadbir urus korporat yang baik. Saya pernah bertanya kepada seorang rakan yang memiliki peniagaan kecil bagaimana dia boleh mempercayai staf bahagian jualan mengendalikan perundingan bersama pembeli mereka dan adakah dia berasa risau jika stafnya mungkin membuat keputusan yang kurang baik dan boleh menjejaskan syarikat. Rakan saya menegaskan bahawa dia telah menggariskan penentuan harga terbaik dan syarat-syarat pembayaran yang boleh diberikan oleh staf dan margin keuntungan minimum yang mesti mereka capai, dengan yang demikian mereka faham apa yang perlu mereka lakukan. Tambahnya lagi, stafnya menyedari bahawa mereka bukan hanya berkongsi kejayaan tetapi juga kegagalan perniagaan, oleh itu mereka dimotivasikan agar berusaha untuk memberikan pulangan terbaik. Dengan menggunakan amalan tadbir urus korporat yang baik, pemilik perniagaan boleh menugaskan akitiviti operasi harian dengan yakin kepada pekerja, agar mereka boleh memfokus pada rancangan perniagaan dan kemajuan jangka panjang syarikat.

Sebelum mengemukakan rancangan perniagaan mereka, pemilik perniagaan kecil hendaklah mempunyai analisis dan memahami pasaran secara mendalam dan cara ia dikaitkan dengan perniagaan mereka sendiri. Terdapat beberapa alat dan buku yang boleh membantu PKS dalam memahami keadaan pasaran mereka. Analisis SWOT merupakan alat rancangan strategik kegemaran saya yang digunakan untuk menilai kekuatan dan kelemahan perniagaan dan juga peluang dan ancaman pasaran. Ini tidak hanya dilakukan sebelum menjalankan rancangan perniagaan pertama awda – ianya berguna untuk dibuat pada asas yang berterusan sejajar dengan perkembangan perniagaan dan berubahnya pasaran.

Menggunakan sumber luaran “Saya cuma peniaga kecil dan tidak mempunyai sebarang pengaruh.” “Kami terpaksa bergantung pada diri sendiri untuk segalanya.” Pemilik peniagaan kecil sering merasa terpencil dan terlepas perhatian. Tetapi PKS merupakan tulang belakang ekonomi: mereka membentuk 95 hingga 99 peratus daripada keramaian peniaga, bergantung kepada negara. Bagaimana mungkin mereka diabaikan?

Terdapat beberapa badan-badan kerajaan dan institusi separa-kerajaan yang menawarkan bantuan kepada PKS. Pemilik peniagaan kecil juga boleh mendapat manfaat daripada mempelajari antara satu sama lain. Cara terbaik melakukan ini adalah dengan menyertai persatuan perdagangan dan dewan perniagaan. Disamping mengendalikan rangkaian aktiviti, persatuan mempengerusikan seminar untuk ahli-ahli mereka untuk menambah kefahaman mereka dalam bidang industri, pasaran dan peraturan terkini.

Pemilik peniagaan kecil juga hendaklah menggunakan para profesional seperti jurukira, peguam cara dan penasihat cukai. PKS hendaklah menggunakan setiap peluang untuk bertukar-tukar pendapat dengan para profesional ini bagi mendapatkan gambaran ekonomi yang jelas dan perundangan yang relevan. Melalui saluran ini juga PKS mungkin mendapat rakan kongsi dan peluang perniagaan yang berpotensi.

Berkongsi dengan bank awda Sudah setentunya pihak bank adalah penting bagi perkhidmatan seperti pembiayaan, akaun gaji, akaun semasa, kredit berdokumen, kiriman wang dan lindungan nilai risiko FX. Sesetengah syarikat merasa takut untuk mendedahkan maklumat syarikat kepada pihak bank, dikhuatiri maklumat tersebut akan diketahui oleh pesaing mereka. Tetapi jika awda tidak memberikan maklumat perniagaan yang mencukupi ketika memohon pembiayaan daripada pihak bank, ianya akan menyulitkan pihak bank untuk membuat penilaian bagi membantu syarikat berkenaan. Pihak bank mengekalkan taraf etika yang tinggi dan boleh menjadi rakan kongsi perniagaan yang sangat berkuasa bagi PKS. Akhirnya, PKS hendaklah mengambil manfaat daripada kefleksibelan mereka untuk segera berubah sebaik sahaja keadaan pasaran bertukar dan terbuka kepada bantuan luar. Dengan melengkapkkan diri mereka dengan kedua-dua sumber dalaman dan menggerakkan sokongan luaran yang ada, maka PKS akan mudah untuk menjalankan perniagaan yang berterusan.

Document info
Document views75
Page views75
Page last viewedFri Dec 09 06:43:52 UTC 2016
Pages28
Paragraphs401
Words12249

Comments