X hits on this document

PDF document

EXTRACTION OF ANTIOXIDANT COMPOUNDS FROM RED PITAYA USING SOXHLET EXTRACTION METHOD - page 6 / 24

120 views

0 shares

0 downloads

0 comments

6 / 24

ix

ABSTRAK

Buah Hylocereus cacti atau lebih dikenali sebagai pitaya merah (buah naga) telah menarik perhatian para petani sedunia sejak kebelakangan ini, bukan sahaja kerana warnanya yang merah keunguan dan nilai ekonomi sebagai produk makanan, tetapi juga kerana kandungan antioksidanya terutama sekali Vitamin C. Vitamin C diperlukan dalam diet seimbang dan sebagai antioksida yang sangat efektif untuk melambatkan atau mencegah proses pengoksidaan molekul-molekul lain. Tindakbalas pengoksidaan menghasilkan radikal bebas yang boleh menimbulkan kerosakan terhadap sel-sel didalam badan. Dalam kajian ini, kaedah Soxhlet digunakan untuk mengekstrak kandungan Vitamin C dari buah pitaya merah. Hasil pengekstrakan kemudian diruapkan mengunakan rotary evaporator untuk mendapatkan minyak yang pekat. Seterusnya minyak terhasil diuji menggunakan High Performance Liquid Chromatograph dan Ultraviolet-Visible Spectrophotometer. Kesan terhadap suhu pengeringan, kekutuban pelarut, dan nisbah pepejal kepada pelarut telah dikaji. Suhu pengeringan yang digunakan ialah 350C, 500C, 600C dan 700C. Pelarut yang digunakan ialah metanol, etanol, heksana dan toluena. Nisbah pepejal kepada pelarut yang digunakan pula ialah 5g: 400mL, 10g: 400mL, 15g: 400mL dan 20g: 400mL. Kajian menunjukkan suhu pengeringan pada 600C, penggunaan metanol sebagai pelarut dan nisbah 15g pepejal kepada 400mL pelarut menghasilkan nilai vitamin C yang tertinggi iaitu 3.87mg/L dan 67.6% untuk antioksida aktiviti. Oleh itu, keadaan ini boleh disimpulkan sebagai parameter terbaik bagi proses pengekstrakan Vitamin C dari buah pitaya merah menggunakan kaedah Soxhlet.

Document info
Document views120
Page views124
Page last viewedSat Dec 10 02:36:48 UTC 2016
Pages24
Paragraphs356
Words4024

Comments