X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 1 / 26

81 views

0 shares

2 downloads

0 comments

1 / 26

Untitled-67

Jurnal Teknologi, 35(E) Dis. 2001: 45–70 © Universiti Teknologi Malaysia

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI KOMUNIKASI MAKLUMAT (ICT): TREND, HALA TUJU DAN MODEL PENDIDIKAN MORAL KELUARGA ISLAM

MOHD. AZHAR ABD. HAMID1, AZMI SHAH SURATMAN2 & MUHAMAD FAUZI OTHMAN3

Abstrak. Kertas kerja ini ditulis berdasarkan pengamatan analitikal kritis secara deskriptif. Pada hemat kami, pendekatan ini memadai untuk memerihalkan senario pendidikan moral masyarakat Melayu dan impaknya pada era globalisasi ini. Berdasarkan statistik yang terdapat dalam sekian banyak akhbar, majalah, jurnal serta laporan yang dikeluarkan oleh pihak wewenang menunjukkan kerosakan dan kegawatan sosial sedang melanda masyarakat Melayu masa kini. Mengapa hal ini boleh berlaku? Sedangkan kita menyedari bahawa ‘Islam’ adalah agama masyarakat Melayu. Jika diamati secara mendalam, dinamisme Islam seolah-olah kabur dan hilang dalam jiwa dan pemikiran masyarakat Melayu. Hal ini berlaku apabila masyarakat Melayu semakin meminggirkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian mereka.

Kata kunci:

Pendidikan moral masyarakat Melayu, pendidikan moral Islam, impak modenisasi

Abstract. This paper is written based on a descriptive-critical analysis. We felt that the apporach used is adequate to explain the scenario of moral education among the Malay community and its impact in the era of globalization. Statistics presented in various newspaper reports, journals and reports released by the authorities indicates that today there is an acute decadence of social values among the Malays. Why do this happen? We are aware that Islam is the religion of the Malay community. However, if we contemplate closely, it is as if the dynamism of Islam is dissapearing from the Malays heart and mind. This happened when the Malays started to be aloof from the teachings of Islam in everyday living.

Keywords: Moral education of the Malay society, Islamic moral education, impact of modernization

1.0 PENGENALAN

Globalisasi hadir dengan membawa segala macam fenomena baru yang tidak terfikir, tergapai dan terlaksana oleh kita. Ia hadir dalam satu pakej isme yang bertali-temali. Isme-isme inilah yang akan menyerang dan meresap ke seluruh superstruktur, struktur dan sendi-sendi kehidupan manusia, khususnya ke dalam institusi keluarga. Akibatnya, cabaran dan hala tuju institusi keluarga menjadi semakin berat dan mencabar. Pendidikan moral menjadi benteng pertahanan terakhir untuk menghadapi tahap akhir

1,2 & 3

Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Darul Takzim.

45

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views81
Page views84
Page last viewedWed Dec 07 19:13:26 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments