X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 10 / 26

80 views

0 shares

2 downloads

0 comments

10 / 26

Untitled-67

54

MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI

turut serta sebagai watak-watak tambahan apabila pengukuhan dan lanjutan dibuat di atas asas-asas yang telah dibentang dengan kukuh oleh ibu bapa.

4.0

SENARIO PENDIDIKAN MORAL TRADISIONAL KE PASCAMODEN

DI

ALAM

MELAYU:

Sebelum kedatangan penjajah nilai-nilai sosial dan budaya masyarakat Melayu belum lagi dicemari oleh kebudayaan Barat. Sungguhpun tidak semua unsur-unsur sosial Islam itu dihayati seratus peratus, namun ia lebih baik dan membawa banyak perubahan di kalangan masyarakat tempatan yang pernah dipengaruhi oleh ke- budayaan Hindu dan Buddha. Islam yang memainkan peranan dan menjadi teras dalam perubahan sosial masyarakat Melayu (Zulkarnain, 1994).

Sejarah kerajaan Kesultanan Melayu telah banyak mempengaruhi sistem sosial termasuk pendidikan moral masyarakat Melayu. Pada zaman pemerintahan kerajaan Melayu Melaka peranan ulama dan guru-guru agama memberi kesan terhadap institusi keluarga. Namun imperialisme Barat telah mencemarkan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Menurut Syed Naquib al-Attas bahawa pengaruh budaya Barat yang bermula sekitar abad ke-16 dan 17 telah membawa banyak perubahan dalam budaya dan welstancchung’ masyarakat Melayu bukan sahaja ‘rupa’ tetapi yang lebih penting adalah ‘kejiwaan’ (Naquib, 1972). Menurut Abdullah (1995);

“Selain bahasa pasar, tinggalan lain zaman Portugis ialah agama Katolik yang telah berjaya sedikit sebanyak berjejak di Asia Tenggara terutamanya di Melaka dan Pulau Maluku”.

Pendidikan moral alam Melayu selepas kedatangan Islam tidak terpisah daripada ajaran Islam. Ibubapa dan keluarga lainnya turut menyumbang kepada pembinaan dan pembangunan moral seisi keluarga. Menurut Musnyi Abdullah dalam bukunya ‘Hikayat Abdullah’ mengatakan;

“Maka pada tiap-tiap pagi aku pergi mengaji ke tempat belajar dan malam diajar oleh bapaku di rumah. Bapaku memberi hukum akan daku katanya: ‘Hendaklah engkau pergi pada tiap-tiap hari lepas sembahyang Maghrib mengaji dalam masjid, kerana dalam masjid itu beratus-ratus orang akan keluar masuk”.

Kawalan sosial adalah bersifat sepunya dan masing-masing akan bertindak ber- dasarkan kapisiti peranan yang diberikan. Rasa hormat, rendah diri, sopan santun, budi bahasa dan nilai-nilai moral lain merupakan teras kepada integriti dan digniti keluarga. Selain itu, pendidikan moral bersifat merata dan sepunya apabila wujudnya perasaan ‘esprit de coup’ antara ahli masyarakat. Malah masyarakat Melayu menjadi sebuah masyarakat yang responsif terhadap fenomena sekeliling yang berlaku termasuk

54

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views80
Page views83
Page last viewedWed Dec 07 14:36:57 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments