X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 11 / 26

73 views

0 shares

2 downloads

0 comments

11 / 26

Untitled-67

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI

55

isu-isu moral masyarakatnya. Masyarakatlah yang bertanggungjawab mengaplikasikan konsep ‘amar ma’ruf dan nahi mungkar’. Misalnya masalah pakaian wanita (purdah) pernah menjadi isu perdebatan dalam sejarah umat Melayu; walaupun isu ini adalah isu kefahaman aliran pemikiran namun ia tetap menjadi isu penting (Khoo, 1991).

Dalam masyarakat tradisi, hubungan antara ahli masyarakatnya adalah begitu erat. Dalam sesebuah kampung misalnya, setiap orang di kampung itu saling mengenali. Sikap tolong-menolong, saling mengambil berat antara satu sama lain dan sebagainya meresap ke dalam jiwa setiap ahli kampung tersebut. Perhubungan sebegini erat secara tidak langsung menjadi satu bentuk kawalan sosial yang dapat memelihara tingkah laku ahli masyarakatnya. Suatu perbuatan yang melanggar norma dan nilai masyarakat kampung tersebut akan cuba dielakkan kerana jika tidak, bukan sekadar nama diri sendiri akan tercemar, tetapi juga nama baik keluarga. Akan tetapi, dalam persekitaran bandar yang telah mengalami proses urbanisasi dan industrialisasi, perkara-perkara yang disebutkan di atas amat sukar untuk ditemui (Siti Fatimah, 1994). Hal ini ditekankan oleh Zulkarnain (1994):

“orang-orang Melayu juga begitu kuat berpegang pada adat sehingga lahirnya ungkapan iaitu “biar mati anak jangan mati adat”. Ini mencerminkan bahawa adat itu memainkan peranan penting dalam sosiobudaya masyarakat Melayu. Pergaulan juga adalah bebas tetapi terkawal dengan batas-batas agama dan adat yang menjadi sempadan. Pendidikan moral masyarakat Melayu pada ketika itu tergambar menerusi cara berpakaian, adat resam, pergaulan, percakapan yang hampir keseluruhannya tidak bebas nilai.”

Masyarakat Melayu sebelum pengaruh imperialisme, industrialisme dan sekularisme amat terkenal dengan nilai moral dan akhlak yang tinggi dan terpuji. Rasa hormat anak-anak terhadap orang tua amat tinggi dan budi bahasa, sopan santun, keluhuran budi dan segala macam nilai moral yang terpancar menerusi budaya hidup tolong- menolong dan bekerjasama mencerminkan pendidikan moral institusi keluarga masyarakat tradisi amat berkesan. Hal ini ditambah oleh beberapa faktor, antaranya;

  • Islam menjadi asas kepada budaya dan falsafah hidup masyarakat Melayu.

  • Pemikiran dan asas hidup yang dinamik dan progresif khususnya dalam soal pendidikan moral. Anak-anak dididik, dibimbing dan dipantau sejak kecil agar menghormati orang tua, beradab, bertingkah laku, adab ber- komunikasi dan sebagainya.

  • Adat, nilai dan norma setempat mengukuhkan lagi pendidikan moral masyarakat Melayu.

  • Budaya dan falsafah hidup masyarakat Melayu masih segar dan belum dipengaruhi oleh isme-isme modenisasi.

55

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views73
Page views76
Page last viewedSun Dec 04 12:21:07 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments