X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 12 / 26

89 views

0 shares

2 downloads

0 comments

12 / 26

Untitled-67

56

MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI

  • Pendidikan moral (kawalan sosial dan isbat sosial) merupakan tanggung- jawab secara kolektif dalam kehidupan mereka.

  • Sistem dan falsafah pendidikan Islam seperti sekolah pondok dan fardhu ain merupakan teras membina akhlak generasi muda mereka.

  • Pergaulan dan interaksi sosial muda-mudi mereka terbatas.

  • Pengaruh media massa terhadap mereka sangat minimum.

5.0

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASA KINI

Senario pendidikan moral masyarakat Melayu masa kini bersifat cacamarba. Berdasarkan pengamatan dan pemerhatian kami pendidikan moral masyarakat Melayu masa kini banyak bergantung kepada faktor-faktor dalaman dan luaran seperti taraf pendidikan, budaya hidup keluarga, kawasan tempat tinggal, taraf hidup dan se- bagainya. Umumnya pendekatan pendidikan moral masyarakat Melayu Islam adalah berdasarkan faktor-faktor seperti berikut;

  • Pendidikan moral masyarakat Melayu bersandarkan ‘rule oriented moralty’, dan tidak berasaskan pendidikan akhlak Islam. Malah ada segelintir ibubapa menggunakan pendekatan liberal dan permisif.

  • Peranan ibu dan bapa sebagai ‘pendidik moral’ dalam keluarga lemah, tidak jelas dan terhakis. Hal ini kerana kurangnya pengetahuan dalam pendidikan moral berasaskan Islam. Akibatnya tiada kesedaran terhadap konsep dan hakikat Islam yang jelas. Tiadanya pengetahuan terhadap metodologi pendidikan anak-anak yang berasaskan Islam menyebabkan segelintir ibubapa menjadikan anak-anak sebagai objek ‘deraan’ dan ‘melampiaskan nafsu serakah’ mereka.

  • Ibubapa lebih mementingkan pendidikan akademik-sekular berbanding pendidikan Islam. Hasrat mereka pada masa depan agar pendidikan yang anak-anak mereka perolehi akan memungkinkan mereka hidup selesa dan terjamin. Justeru berlakunya pengabaian dalam pendidikan moral.

  • Goyahnya ikatan ‘perkahwinan’ menjadikan keluarga tidak harmoni dan pendidikan moral tidak berkesan untuk membina dan membentuk akhlak anak-anak. Hal ini disebabkan oleh banyak faktor dalaman dan luaran seperti himpitan hidup, tidak sefahaman dan sebagainya.

  • Pengaruh persekitaran seperti rakan sebaya, media massa dan hiburan sangat maksimum. Apatah lagi masa kualiti ibubapa dengan anak-anak amat terhad dan tidak digunakan dengan bijaksana.

  • Pendidikan moral masyarakat Melayu masa kini dianggap bersifat peribadi. Kawalan sosial oleh ahli masyarakat semakin lemah akibat interaksi sosial yang semakin terpinggir.

56

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views89
Page views92
Page last viewedFri Dec 09 10:32:07 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments