X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 13 / 26

112 views

0 shares

2 downloads

0 comments

13 / 26

Untitled-67

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI

57

6.0

GELOMBANG PERUBAHAN ZAMAN DAN PERUBAHAN SOSIAL: KESAN TERHADAP INSTITUSI KELUARGA

Kita menyaksikan bahawa perkembangan ICT banyak membawa perubahan drastik dalam kehidupan manusia. Namun tidak kurang pula kesan negatif terutamanya ke atas pendidikan moral generasi masa kini dan yang akan datang.

Dunia semakin tua. Menurut pandangan barat, dunia kini sudah memasuki fasa akhir gelombang ketiga yang bermula seawal tahun 1950-an iaitu gelombang teknologi maklumat (IT). Ledakan maklumat dan teknologi telekomunikasi merupakan suatu gerakan antarabangsa untuk mewujudkan perkampungan global yang mempunyai kesamaan dari segi ideologi, nilai, sosiobudaya dan pemikiran yang kemudian dijelmakan menerusi komunikasi, tindakan dan amalan. Menurut Shahrom (2001), “…jaringan teknologi informasi yang berlaku dalam semua bidang kehidupan telah menjadi sesuatu yang bersifat ‘transparan’ dan ‘maya’, tatkala tidak ada lagi kategori- kategori moral yang mengikatnya, tatkala tidak ada lagi ukuran-ukuran-nilai yang mengikatnya…”. Ciri perkampungan global dari segi ideologi, nilai, sosiobudaya dan pemikiran yang diketengahkan melalui ledakan maklumat ini merujuk kepada model yang direka bentuk oleh pengasas dan penaja sistem teknologi maklumat dan teknologi telekomunikasi yang telah tersebar luas di seluruh dunia. Kedhaifan kebanyakan Negara Dunia Ketiga dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dan telekomunikasi memungkinkan mereka sukar untuk menolak gelombang yang besar dan berisiko ini (Mohamad, 1995).

Perubahan-perubahan zaman memberi kesan langsung kepada perubahan- perubahan sosial dan ia merupakan hasil daripada penyalahgunaan dasar pembangunan dan pertumbuhan teknologi serta tidak mewujudkan satu sistem kawalan sosial yang berkesan. Ia tidak dimanfaatkan dengan betul dan sesuai dengan budaya hidup Islam. Oleh itu ia memberi pengaruh kepada institusi keluarga seperti pengecilan saiz keluarga, peningkatan bilangan wanita atau ibu bekerja, bilangan lelaki menganggur bertambah, bentuk penjagaan anak yang mengabaikan pertumbuhan kerohanian sehingga kurang daripada 40 peratus (Berhanudin, 2000).

7.0

PENGARUH ASING MENERUSI PEMODENAN DAN KESAN TERHADAP PENDIDIKAN MORAL INSTITUSI KELUARGA

Pengaruh asing menerusi pemodenan telah lama meresapi setiap sendi kehidupan manusia. Tiada satu pun elemen kehidupan manusia masa kini yang tidak terpalit dengan ‘makna moden’ ciptaan barat baik dalam tatacara berekonomi, berpolitik, bersosial mahupun beragama. Pengaruh modenisasi amat berbahaya kepada masa depan beragama masyarakat. Tidak hairanlah dengan istilah moden umpamanya, Barat memahami bahawa zaman ini adalah zaman yang punya cara dan gaya serba baru, bukan gaya kuno dan lapuk lagi kolot dan usang. Justeru manusia moden, menurut takrifan barat, harus mendustakan semua perkara yang ghaib. Menurut

57

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views112
Page views115
Page last viewedSun Jan 22 12:57:01 UTC 2017
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments