X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 14 / 26

104 views

0 shares

2 downloads

0 comments

14 / 26

Untitled-67

58

MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI

James Orr (1906) dalam Mohd. Sani (2000), merakamkan betapa kebanyakan ‘manusia moden’ menolak perutusan Tuhan dan kerasulan (prophecy) kerana sifatnya yang ghaib. Pengaruh moden yang berakar sejak revolusi industri pada abad ke-16 menggariskan enam konsep asas pemodenan iaitu (Idris, 1997):

  • (i)

    Penyingkiran Tuhan dalam kehidupan dan kegiatan pembangunan.

  • (ii)

    Manusia dididik dan dilatih untuk menjadi ‘kuda tunggangan’ pem-

bangunan fizikal dan kebendaan.

  • (iii)

    Kebahagian hidup diukur dari keuntungan kebendaan.

  • (iv)

    Merelatifkan nilai-nilai moral dan akhlak.

  • (v)

    Manusia dan pencapaian ekonomi menjadi tumpuan dan pemujaan.

  • (vi)

    Agama tidak berperanan dalam pembangunan.

Hari ini konsep moden telah diperluaskan kepada pascamoden (postmodern). Pasca- moden ini secara umumnya meningkatkan pembangunan dan kepenggunaan sains, seni dan industri (Elkind, 95). Secara tidak langsung ia turut memberi kesan langsung terhadap nilai dan moral hidup dalam institusi keluarga. Karya Max Weber yang berjudul “The Protestant Ethic and the Spirit of Capitalism” pada tahun 1958 telah banyak mengubah paradigma dan latar institusi keluarga tradisional. Sekaligus gambaran keluarga moden dengan ciri-ciri industri dan kapitalisnya telah memberi kesan besar terhadap pendidikan moral keluarga nuklear yang berteraskan tradisi Kristian katolik. Namun begitu, keadaan yang digambarkan oleh Max Weber itu tidak sama dengan masyarakat Melayu.

8.0

KEBEJATAN MORAL MASYARAKAT MELAYU

Sistem keluarga di negara ini sedang menghadapi krisis yang hebat di mana sebahagian daripada ibu bapa sudah tidak dapat memainkan tanggungjawab dan melaksanakan yang sewajarnya untuk mendidik anak-anak mereka. Ini adalah di antara akibat daripada tekanan dunia yang semakin berbentuk materialistik, letusan ‘rat race’ dan ceteknya pengetahuan agama. Sudah terdapat tanda-tanda institusi keluarga Melayu di Malaysia pada hari ini sedang melalui jalan kebinasaan dan keberantakan. Sebagai contoh bakal pengantin gagal dalam temuduga yang dijalankan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam di beberapa buah negeri. Sebahagian besar daripada mereka tidak mengetahui hukum asas fardhu ain, ibadat dan tanggungjawab suami-isteri atau kewajiban sebagai ibubapa. Oleh itu, apabila mereka mendirikan rumah tangga, pengetahuan cetek mereka dalam agama akan mencorak perlakuan dan sikap mereka terhadap pendidikan moral anak-anak dan institusi perkahwinan itu sendiri (Wan Liz, 2000). Bukan sekadar itu sahaja, malah menurut Mohd. Shahir (2000), gejala keruntuhan sosial dalam keluarga dapat dilihat dengan meningkatnya perceraian di kalangan suami isteri, penganiayaan terhadap anak-anak, hilang perasaan kasih sayang sesama anggota keluarga dan memutuskan hubungan silaturrahim malah terdapat di

58

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views104
Page views107
Page last viewedThu Jan 19 13:18:37 UTC 2017
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments