X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 15 / 26

82 views

0 shares

2 downloads

0 comments

15 / 26

Untitled-67

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI

59

kalangan anggota keluarga sendiri yang sanggup melakukan jenayah zina sesama mereka dan ada bapa yang sanggup merogol anaknya sendiri.

Masyarakat Barat sendiri mengakui bahawa sistem keibubapaan yang longgar sekitar tahun 80-an menghasilkan banyak generasi muda yang terbabit dalam jenayah, keluarga tidak stabil, gejala membunuh diri, lari dari rumah dan penyakit lain yang berpunca daripada kehilangan nikmat kebahagiaan hidup dan mental yang tidak tenteram. Mengikut pakar psikologi Barat, salah satu daripada aliran pendidikan yang berasaskan kepada keibubapaan pemisif ini yang juga dikenali sebagai aliran liberal dan demokratif, ialah idea mengelak diri daripada mengajar nilai moral kepada kanak- kanak dengan teori bahawa apabila dewasa mereka dapat memilih sendiri nilai hidup berdasarkan proses ‘trial and error’, yang mereka alami dari semasa ke semasa. Teori ini ternyata salah dan meninggalkan kesan buruk yang parah dalam masyarakat Barat (Ismail, 1994). Fenomena di atas menurut Halstead (1999) sebagai berikut;

“The family is an arena in which virtually the entire range of human experience can take place. Warfare, violence, love, tenderness, honesty, deceit, private poverty, com- munal sharing, power manipulation, informed consent, formal status hierarchies, egalitarian decision-making-all can be found within the setting of the family”.

8.1

Modenisasi: Impak Terhadap Institusi Keluarga dan Sistem Moral Masyarakat Melayu

Pakej modenisasi telah bermula seawal revolusi industri di Barat dan entah bila akan berakhir. Pengaruh modenisasi ternyata begitu cepat menular dan menjalar ke seluruh urat saraf dan nadi kehidupan bermasyarakat, khususnya institusi keluarga. Sejarah telah membuktikan bahawa keluarga besar (extended family) telah dihancurkan atas nama modenisai dan akibatnya lahirnya keluarga kecil (nuclear family). Menurut Elkind (1995), “…The components of the modern nuclear family reflected the fundamental beliefs of modernity”. Malah pada zaman ini telah muncul apa yang dikatakan keluarga alternatif yang telah diberikan kedudukan secara legal oleh perlembagaan khususnya di Amerika Syarikat seperti ‘pasangan lesbian’, ‘pasangan homoseks’ dan sebagainya. Hal ini berlaku secara jaringan di merata dunia baik di barat mahu pun di timur. Menurut Elkind (1995), “These postmodern themes of difference, particularity, and irregularity are increasingly transforming science, the arts and industry. They have also transformed the family and increasingly are transforming that mirror of the family, the school”. Institusi keluarga semakin goyah dan lemah, khususnya keluarga Melayu Islam. Malah menurut Garett (1998), revolusi industri di Barat telah memberi kesan kehidupan berkeluarga dengan munculnya apa yang dikatakan “first sexual revolution” dan “the birth of romance”. Menurut Elkind (1995);

“In the postmodern family, the sentiment of romantic love has given way to the senti- ment of consensual love. With the sexual revolution of the 1960s and the social

59

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views82
Page views85
Page last viewedWed Dec 07 23:06:04 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments