X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 16 / 26

74 views

0 shares

2 downloads

0 comments

16 / 26

Untitled-67

60

MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI

acceptance of premarital sex, the linchpin of romantic love-saving oneself for one’s fated partner-disappeared. Young people began to have sexual relations with those whom they had no intention of marrying. Individuals now have sex relations by mu- tual consent and without a lifelong commitment. The notion of consensual love has extended to marriage, and both men and women today marry with the awareness that divorce may well be in their future”.

Timbang tara kehidupan keluarga dan moral masyarakat barat menurutnya hanya berdasarkan akal dan nafsu semata-mata. Hal yang serupa turut meresap ke dalam jati diri masyarakat Melayu langsung menerima citra dan model kehidupan barat. Hal ini diperkukuhkan oleh pandangan Wan Liz (2000);

“Orang Melayu merupakan kaum paling banyak terbabit dalam pelbagai gejala sosial yang serius berdasarkan nisbah komposisi penduduk negara ini. Berdasarkan statistik rasmi yang Utusan Malaysia perolehi, orang Melayu merupakan kira-kira 60 peratus penduduk Malaysia, mencatatkan peratusan yang tinggi dalam kes penagihan dadah, kegiatan bohsia, melepak, seks antara muhrim, pelacuran serta jangkitan AIDS dan pembawa HIV. Orang Melayu juga mencatatkan bilangan peratusan tinggi dalam kes rogol serta kes pembuangan bayi. Lebih teruk lagi ialah mengikut perangkaan polis pada tahun 1997, bangsa Melayu menduduki senarai jenayah teratas sekali untuk kumpulan umur antara 10 dan 18 tahun”.

Sehubungan itu, modenisasi amat berbahaya sekiranya idea, pemikiran dan falsafah modenisasi itu ditiru bulat-bulat. Walhal kita mempunyai pilihan dan hak untuk menerima ‘apa’ yang baik dan sesuai dengan norma dan nilai Islam. Banyak pendekatan yang boleh diambil seperti menerusi adaptasi dan akomodasi. Kedua- dua pendekatan ini sesuai dan wajar tapi jangan sampai ia menelan nilai dan sistem Islam tersebut (Hassan, 1991).

9.0

KEKANGAN PRIMER PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU MASA KINI

Kekangan yang dihadapi oleh masyarakat Melayu masa kini adalah berpunca daripada falsafah pembangunan yang bersifat sekularisme. Antara jelas dengan tidak konsep pembangunan dualisme ini telah mempengaruhi fikrah dan pembinaan keluarga dan masyarakat madani yang unggul. Hal ini kerana pembangunan moral (akhlak) agama dan kerohanian dihalang oleh falsafah pembangunan sekular dan budaya hedonisme (Muhamad Syukri, 1987).

60

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views74
Page views77
Page last viewedSun Dec 04 17:16:53 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments