X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 17 / 26

87 views

0 shares

2 downloads

0 comments

17 / 26

Untitled-67

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI

61

9.1

Kekangan Dalaman Pendidikan Moral Masyarakat Melayu Masa Kini

Kekangan primer ini telah secara tidak langsung memberi kesan terhadap institusi keluarga Melayu masa kini dalam membina kekuatan akhlak dan moral keluarga. Antara faktor yang menyebabkan kekangan ini adalah:

  • (i)

    Kurangnya pengetahuan terhadap metodologi pendidikan moral ber- landaskan Islam. Menurut Halstead (1997), “…parents generally have not had the professional training of teachers, are much less accountable for their actions, and may depend more on traditions passed on from generation to generation”.

  • (ii)

    Tumpuan masa kualiti terhadap pembangunan moral-sakhsiyah anak-anak dan ikatan kekeluargaan. Terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ada ibubapa yang terlupa tanggungjawab memesrai anak-anak akibat terlalu sibuk dengan dunia pekerjaan dan soal-soal peribadi. Sepatutnya ibubapa memberikan kawalan dan penjagaan yang ketat serta mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat.

  • (iii)

    Ketiadaan ‘role model’ yang ideal dan yang memenuhi kehendak Islam dalam institusi keluarga. Selain mendidik, ibubapa perlu menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Jika anak-anak sekadar dididik dengan nilai sayang tanpa ibubapa menunjukkan sikap menyayangi dalam semua aspek kehidupannya, kesannya samalah seperti usaha ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus. Oleh itu contoh yang baik daripada ibubapa perlu bagi pendidikan moral anak-anak.

  • (iv)

    Ukhuwah Islamiah antara ahli keluarga, jiran dan masyarakat sekitar semakin lemah dan goyah menyebabkan penglibatan ahli-ahli masyarakat dalam kawalan sosial’ (dibaca: pendidikan moral) semakin mengendur. Malah institusi keluarga sekarang ini tidak lagi menjadi sumber terpenting untuk anak-anak mendapat nasihat, menerima panduan dan bimbingan. Keluarga sekarang ini banyak memberikan tugas ini kepada sekolah dan orang tertentu (pengasuh). Perubahan fungsi keluarga ini membawa kepada longgarnya hubungan antara ibubapa dan anak-anak, terutama sekali anak remaja (Asmah Bee, 2000).

  • (v)

    Kemiskinan dan tidak berpendidikan.

Jelas sekali budaya dan falsafah hidup keluarga Melayu memainkan peranan yang besar dalam membina suatu kekuatan pendidikan moral keluarga. Jika ia dibina atas landasan yang tidak berdasarkan ajaran Islam kesannya sudah dapat diduga. Jika Islam menjadi teras budaya dan falsafah hidup keluarga pasti ia akan memperolehi keberkatan dan keharmonian yang berpanjangan. Zaman pascamoden ini telah banyak menyaksikan keruntuhan keluarga Melayu Islam sama ada di bandar mahupun di

61

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views87
Page views90
Page last viewedThu Dec 08 10:33:59 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments