X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 18 / 26

86 views

0 shares

2 downloads

0 comments

18 / 26

Untitled-67

62

MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI

luar bandar, sama ada kaya atau miskin, dan yang berpendidikan atau yang tidak berpendidikan.

9.2

Kekangan Luaran Pendidikan Moral Masyarakat Melayu Masa Kini

Selain daripada kekangan dalaman, kemelut akhlak-moral ini turut ditambah dengan kekangan luaran antaranya:

9.2.1 Pengaruh daripada Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya pula tidak boleh diambil ringan dalam mencorak kelakuan dan pemikiran anak-anak muda. Mereka yang terlibat dalam jenayah juvana, tidak berdisiplin, tingkah laku lepak dan penagihan dadah sebahagiannya adalah akibat daripada dorongan dan ajakan rakan sebaya mereka yang bermasalah. Begitu longgar- nya kawalan ibubapa terhadap anak-anak mereka telah menyebabkan pengaruh rakan sebaya menjadi dominan sehingga mencorak personaliti dan sikap golongan remaja tersebut. Justeru itu, ibubapa harus mengambil berat dalam soal ‘rakan sebaya’ anak- anak mereka. Ibubapa sekurang-kurangnya perlu tahu dengan siapa anaknya berkawan?, Ke mana anaknya keluar? Dengan siapa anaknya keluar? Apa tujuannya? Dan sebagainya. Ini bukan bermakna mengongkong pergerakan dan aktiviti anak- anak. Apa yang penting ia mestilah dilakukan secara berhikmah.

9.2.2 Pengaruh daripada Media Massa

Kebanjiran budaya kuning dan cara hidup barat yang hedonistic adalah akibat daripada pengaruh media cetak, televisyen satelit, televisyen, filem, video dan laser disc (DVD dan VCD). Di Malaysia, terdapat lebih daripada 30 saluran televisyen tempatan, Indonesia, Thailand, Brunei, Filipina, Singapura dan termasuklah televisyen satelit seperti Astro dan Mega TV. Menurut Shahrom (2001), “…seorang pakar komunikasi pernah berkata bahawa televisyen adalah agama masyarakat industri. Sebagai ‘agama baru’, televisyen telah meminggirkan agama-agama konvensional.” Bayangkan dasar langit terbuka ini membuka ruang yang seluas-luasnya kepada pengaruh dan budaya kuning daripada Barat mahupun Timur sendiri. Hal ini tidak kurang pula yang berlaku kepada pelbagai akhbar dan majalah yang terdapat di pasaran. Kebanyakannya yang bersifat komersil itu, lebih banyak menghidangkan cara dan citra hidup para artis baik di Malaysia mahupun di luar negara seperti Hollywood dan Bollywood selain menampilkan cerita tentang keaiban, kelemahan dan hidup glamour orang-orang ternama dalam pelbagai bidang.

Menurut Zulkiple (1997), beberapa kajian skala kecil yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan pelajar komunikasi Universiti Sains Malaysia boleh dirumuskan sebagai berikut:

62

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views86
Page views89
Page last viewedThu Dec 08 10:29:40 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments