X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 19 / 26

90 views

0 shares

2 downloads

0 comments

19 / 26

Untitled-67

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI

63

  • (i)

    Dalam seminggu siaran televisyen, menunjukkan terdapat 57 pembunuhan, 350 perilaku memukul dan 365 perilaku menunjuk senjata.

  • (ii)

    Secara puratanya, setiap kanak-kanak menonton televisyen 2 hingga 3 jam sehari pada hari biasa dan 3 hingga 4 jam pada hari minggu.

  • (iii)

    Daripada 8 program yang paling diminati, tujuh daripadanya mengandungi nisbah keganasan yang tinggi.

  • (iv)

    Separuh daripada ibubapa yang disoal selidik mengatakan mereka tidak mengawasi apa yang ditonton oleh anak mereka dan 2/3 mengaku mereka menjadikan televisyen sebagai ‘babysitter’ kepada anak-anak mereka.

9.2.3 Pengaruh Internet dan Dunia Siber

Pornografi terdapat dengan meluas melalui berbagai-bagai rangkaian komputer dan protokol seperti Usenet, World Wide Web dan Bulletin Board Service (BBS) yang dijalankan secara komersil. Selain, itu terdapat laman web yang dibina khas untuk memaparkan perlakuan lucah orang berbangsa Melayu, juga terdapat ruangan untuk menceritakan pengalaman seks dan ‘sex chatting’ secara ‘realtime’. Kesemua bentuk hiburan ini boleh dilayari oleh sesiapa sahaja di kafe siber dengan bayaran langganan

yang murah (Alim, 2000).

9.2.4 Globalisasi

dan

Perubahan

Sosiobudaya:

Gelombang dan Cabaran Baru yang Mencabar Pendidikan dan Sistem Moral Masyarakat Melayu

Menurut Martin (1990) dalam Fariza (2000), globalisasi merujuk kepada semua proses yang mana manusia di dunia ini akan bersatu dan menjadikannya satu masyarakat dunia (single world society), masyarakat global. Globalisasi menjadikan jarak, ruang dan waktu bersifat maya dan pendek; dimensinya boleh digerakkan sepantas yang mungkin. Jaringan komunikasi manusia semakin cepat dan dekat. Maklumat dapat disalur dan diterima hanya dalam beberapa saat. Sekaligus, globalisasi memberi impak yang bukan sedikit terhadap budaya dan tamadun hidup manusia. Menurut Wan Hashim (1997);

“Kita melihat globalisasi yang berselindung di sebalik dan akibat langsung ledakan teknologi malumat merupakan suatu proses re-westernisasi atau imperialisme budaya, bahasa dan pendidikan yang berpengaruh dan mempunyai kesan melemah dan akhirnya meminggirkan proses Islamisasi. Ia menjadikan masyarakat Malaysia secara relatifnya lebih materialistik dan berorientasikan kepenggunaan (consumer-oriented), serta berorientasikan perniagaan untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin…”.

Perubahan sosiobudaya yang dimaksudkan adalah penyesuaian cara hidup yang telah diterima akibat daripada faktor-faktor dalaman dan luaran melalui proses

63

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views90
Page views93
Page last viewedFri Dec 09 12:10:09 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments