X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 2 / 26

91 views

0 shares

2 downloads

0 comments

2 / 26

Untitled-67

46

MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI

gelombang ketiga ini. Jika ia kalah, menyerah dan tewas sudah tentu hasrat untuk membina generasi ‘khayra ummahdan generasi ‘Quranikberdasarkan pendidikan moral Islam akan berkecai dan tercatit satu lagi statistik kehancuran yang amat hina.

Dewasa ini, dunia dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Globalisasi yang ditandai arus gelombang zaman peringkat ketiga seperti mana menurut sarjana barat, telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral sesebuah masyarakat. Pengaruh dan kesan yang dibawa oleh pelbagai isme menerusi medium teknologi komunikasi maklumat (ICT) telah memberi kesan sosial-moral yang amat parah. Hal ini tidak terkecuali daripada meresapi jiwa dan jati diri masyarakat Melayu sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Statistik kerosakan sosial dan moral membuktikan fenomena ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral seperti pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran, gangsterisme, alko-holisme, perjudian, ketagihan dadah sehinggalah isu vandalisme dan ‘black metal’ setiap satu daripadanya melibatkan orang Melayu. Justeru itu, masyarakat Melayu (jika berdasarkan statistik perlakuan tidak bermoral dan jenayah) sebenarnya berada pada peringkat yang amat genting dan kronik. Hal ini merisaukan banyak pihak termasuklah wewenang dan institusi keluarga itu sendiri. Kecelaruan pendidikan moral dalam institusi keluarga ditandai oleh pendekatan pseudo dan permisif. Hal ini menjadikan institusi keluarga semakin lemah dan tidak bermoral. Sebelum terlambat, pendidikan moral dalam institusi keluarga Melayu mestilah disuntik dengan dos pendekatan yang lebih ampuh dan kukuh berasaskan metodologi Islam.

2.0

PENGERTIAN DAN KONSEP PENDIDIKAN MORAL

Betapa penting nilai akhlak itu hingga ia boleh menjadi faktor penentu jatuh bangunnya sesuatu kaum, bangsa ataupun negara. Ia menjadi penentu hala tuju kemanusiaan sejagat dan memisahkan sifat-sifat kebinatangan dari nilai kemanusiaan. Petikan daripada sebuah syair Arab berbunyi;

“Sesuatu bangsa itu tetap hidup selama akhlaknya tetap baik, bila akhlaknya sudah rosak, sirnalah bangsa itu.” (Mohd. Kamal, 1988)

Takrifan linguistik harus dilihat tentang asal perkataan moral iaitu moralis dari bahasa Latin yang bermaksud ‘customs and mannersatau adat resam dan adab. Moral secara amnya boleh dimengertikan sebagai tatasusila mulia atau adab sopan. Ada beberapa perkataan lain yang amat rapat hubungannya dengan moral seperti nilai, norma, etika, ‘mannersdan akhlak. Kesemuanya mempunyai konotasi yang amat rapat. Nilai bermaksud prinsip kualiti yang dipegang dalam sistem sosial sesuatu kelompok manusia. Berjaya atau tidak seseorang individu itu menyesuaikan dirinya

46

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views91
Page views94
Page last viewedFri Dec 09 20:20:03 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments