X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 20 / 26

88 views

0 shares

2 downloads

0 comments

20 / 26

Untitled-67

64

MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI

penyesuaian budaya seperti asimilasi, akulturasi dan difusi. Banyak sekali karya-karya penulis Barat mahupun tempatan yang berkaitan dengan globalisasi dan kesannya kepada masyarakat seperti ‘Islam, Globalization and Postmodernity’, ‘Jihad vs. McWorld(Benjamin R. Baber, 1995), ‘States of Minds’ (Richard Kearney, 1995), ‘Predicting the Future’ (Leo Howe dan Alan Wain, 1993), ‘Malaysia Menangani Globalisasi: Peserta atau Mangsa?’ (Noraini Othman dan Sumit K. Mandal. eds), ‘Realiti dan Ilusi Kehidupan dalam Era Siber’ (Shahrom TM Sulaiman, 2001).

Pada masa kini, banyak pihak lebih melihat gelombang globalisasi sebagai satu cabaran terhadap ekonomi. Ekonomi menjadi mauduk penting dalam dunia globa- lisasi. Ramai sarjana seperti Alvin Toffler, Peter F. Drucker, Richard Crawford dan Hamish McRae menyatakan abad ke-21 lebih menekankan kepada pembangunan modal manusia (human capital). Justeru itu, kebanyakan daripada pihak yang bertanggungjawab bertungkus lumus menyediakan asas-asas pembangunan ekonomi yang sekukuhnya. Perancangan strategik dan infrastruktur pembangunan sumber manusia dan bukan manusia digagas dan dirancang dan dilaksanakan sama ada untuk jangka panjang atau jangka pendek. Kesemua ini dilakukan kerana takut kalau-kalau negara dan masyarakat tidak mampu bersaing pada pasaran terbuka. Menurut Idris (1997), “…namun kita tidak dapat lari dari satu hakikat bahawa dasar atau falsafah liberal-kapitalis di mana soal kemajuan material dan keuntungan kewangan menjadi titik hitung paling utama. Kemudian faham pragmatis pula menyokong keseluruhan agenda-agenda pembangunan tersebut”.

“Seiring dengan kebanggaan kita Melayu menjadi jutawan, usahawan, cendekiawan dan pahlawan dan serentak dengan itu juga kita wajar berkabung kerana ramainya Melayu menghidap AIDS, seks bebas, melepak, pengkhianat bangsa dan pelbagai lagi. Justeru kita kini berhadapan dengan persoalan survival Melayu dalam konteks globalisasi, dunia tanpa sempadan, teknologi maklumat dan multimedia. Orang Melayu terhimpit untuk mengekalkan jatidiri dan akal budi dalam hembusan pawana ekonomi dunia yang terbuka luas, himpunan kekayaan yang melimpah ruah, penyaluran maklumat tanpa batasan, dan asimilasi nilai yang berterusan antara Timur dan Barat”. (Mustafa Kamil, 1998)

Dewasa ini kebanyakan daripada keluarga memandang mudah akan pendidikan moral dan asuhan terhadap anak-anak. Malah kebanyakan daripada mereka ber- pendapat sama seperti Donald dan Benjamin (1968);

“told parents they did not have to go to college or read heavy books to be good parents. They had only to use their clear-headed common sense and their natural inclinations, and they would easily be “good enough” parents.”

Ramai pakar dalam bidang psikologi, kaunseling dan kekeluargaan melihat fenomena globalisasi ini akan membina sebuah keluarga maya (virtual family) dengan

64

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views88
Page views91
Page last viewedFri Dec 09 06:05:07 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments