X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 22 / 26

78 views

0 shares

2 downloads

0 comments

22 / 26

Untitled-67

66

MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI

video dan komputer (video atau disket porno), maka secara sosiologisnya batas dunia anak-anak dengan orang dewasa. Tidak ada lagi rahsia yang masih tersisa buat anak-anak dan dunia orang dewasa adalah pantang larang dan tabu (pendidikan moral)”. (Shahrom, 2001)

11.0 MODEL PENDIDIKAN MORAL KELUARGA MELAYU ISLAM

Dalam menelusuri masa depan dengan penuh cabaran, masyarakat Melayu Islam tidak ada pilihan melainkan menghadapinya dengan segala persediaan kekuataan jatidiri dan berlapang dada untuk membaiki kelemahan diri. Dalam mengharungi cabaran-cabaran yang dinyatakan dalam kertas ini, institusi keluarga adalah merupakan institusi yang paling utama dan penting dalam menyalurkan perubahan positif di dalamnya. Abdullah Nasih Ulwan mengatakan bahawa sebab itu Islam menekankan dan memfokuskan perihal penting pendidikan anak-anak dalam konteks kekeluargaan Islam. Nilai-nilai asas seperti ketaqwaan, keikhlasan, hormat-menghormati, kasih sayang dapat diterapkan dalam keluarga (Abdullah Nasih, 1988). Walaupun kita tahu anak- anak tersebut akan berkecimpung dalam masyarakat dan menghadapi pertembungan nilai, maka di sinilah perlunya peranan institusi sosial yang lain dalam melaksanakan konsep kawalan sosial. Kawalan sosial tidak mungkin terlaksana tanpa tanggungjawab dari anggota masyarakatnya. Almarhum Prof. Ismail Faruqi mengatakan bahawa;

“Moral obligation is impossible without responsibility or reckoning. Unless man is responsible and somehow and somewhere he will reckoned with as far as his deeds are concerned.”

Dalam masyarakat Melayu, istilah yang dipakai bagi menggambarkan perihal kelakuan ialah akhlak. Dalam pandangan hidup Melayu, istilah akhlak berkaitan dengan konsep makhluk dan khaliq iaitu Pencipta yang merujuk kepada kehalusan budi makhluk berdepan dengan Penciptanya. Sedangkan istilah moral tidak mencakupi dimensi kewujudan Tuhan dan kehadiran Allah s.w.t (Baharudin, 2001). Semua istilah yang dipakai ada konotasi dan implikasi pandangan hidup yang berbeza.

Dalam konteks pendidikan formal, kita berpendapat bahawa falsafah pendidikan negara dan kurikulum bersepadu yang dibentuk mampu membina nilai-nilai murni pada pelajar. Soalnya, sejauhmana perlaksanaannya dan modus operandinya (Mohd Kamal, 1989).

Berdasarkan Rajah model yang dipaparkan di atas, maka kita boleh melihat seperti yang diutarakan oleh al-Ghazali dalam ‘Ihya Ulumiddin’ dan Rousseau dalam ‘Emile(Ghazali, 1988) bahawa keluarga itu merupakan tunggak kepada pendidikan dalam masyarakat dan dalam kes ini ialah pendidikan moral. Berikut adalah beberapa entiti yang bergabung dalam model yang dicadangkan oleh penulis iaitu;

66

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views78
Page views81
Page last viewedTue Dec 06 17:09:34 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments