X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 25 / 26

83 views

0 shares

2 downloads

0 comments

25 / 26

Untitled-67

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI

69

ibubapa sedikit cabaran apabila berhadapan dengan mereka. Oleh yang demikian, sikap sabar dan bijaksana harus menjadi dasar kepada proses ini.

  • (iii)

    Pendidikan formal – peranan pendidikan formal di sekolah haruslah menjadi pelengkap (complimentary) dalam proses pembentukan akhlak kanak- kanak. Guru tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya lantaran sifatnya yang kurang autoritatif dan hubungan afektifnya yang terhad ke atas kanak-kanak. Justeru, tarafnya sebagai pelengkap amatlah sesuai.

  • (iv)

    Institusi sosial dan masyarakat – selari dengan falsafah pendidikan, masyarakat haruslah bertindak menjadi pemantau dan pengawal terhadap perkembangan pendidikan anak-anak. Ia menjadi kawalan sosial yang sentiasa memerhatikan anak-anak dalam perkembangan hariannya. Ini adalah ‘social obligation’ setiap individu dalam masyarakat. Falsafahnya ialah ‘amar ma’ruf nahi mungkar’ yang amat dianjurkan oleh Islam. Inilah yang menjadi kunci kejayaan pendidikan ketamadunan umat Melayu dan mana-mana ketamadunan Timur masa lampau. Bahkan, pemerintah yang sifatnya adalah penguatkuasa juga amat penting. Ini adalah kerana sifat pendidikan itu haruslah berlaku dua- hala (‘Top-down’ dan ‘bottom-up’). Keluarga sahaja tidak mampu berjaya jika produknya yang bermutu tinggi terhumban ke dalam suasana kedurjanaan yang akan akhirnya meranapkan ‘defense mechanisme’ yang telah diperlengkapkan kepada anak-anak. Justeru, peranan masyarakat sama pentingnya dalam memastikan generasi masa depan berakhlak mulia dan bermoral tinggi.

12.0 KESIMPULAN

Rumah tangga memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah dan moral seseorang kerana keadaan rumah tangga akan membentuk akhlak seseorang. Daripada keluarga, seseorang akan tahu jenis agama, ibubapa seseorang. Pengajaran dan pen- didikan di rumah amat memberikan kesan kepada perkembangan pembesaran anak- anak. Didikan yang salah dan asuhan yang tidak dirancang akan menghasilkan perilaku yang tidak diingini. Ibubapa yang berpendidikan tidak semestinya melahirkan anak- anak yang terdidik begitu juga ibubapa yang kuat berpegang dengan sistem nilai agama juga tidak semestinya melahirkan anak-anak yang soleh. Sebaliknya ajaran dan didikan yang bersistem dan konsisten biasanya dapat membentuk akhlak dan moral yang baik kepada anak-anak dan generasi masa depan.

BIBLIOGRAFI

Abdul Nasih Ulwan. 1988. Pendidikan Anak-anak dalam Islam. Singapura: Pustaka Nasional. Alim Mujahid. 2000. “Cybersex Melayu”. dalam Tamadun. Bil. 71: 59.

69

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views83
Page views86
Page last viewedThu Dec 08 00:13:38 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments