X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 3 / 26

76 views

0 shares

2 downloads

0 comments

3 / 26

Untitled-67

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI

47

ke dalam suatu kelompok masyarakat bergantung kepada kejayaan menjiwai dan mengamalkan nilai pegangan masyarakat tersebut. Kerana nilai moral dikaitkan dengan peraturan masyarakat yang kadang-kadang memberi penilaian yang berbeza terhadap sesuatu tingkah laku, maka sebaik-baiknya ia dihubungkan dengan nilai mutlak iaitu agama yang lebih mutlak dan agung. Schofield (1977) menyatakan;

“God is the supreme Being; God is infinitely wise. When God gave the Command- ments to men, therefore, he have gave a set of rules infinitely more wise than any which man could devise by applying his own finite wisdom. Because these infinitely wise rules came from God, we have the right to impose then on men”.

Berbanding dengan peraturan moral yang dicipta oleh Tuhan, peraturan moral yang dicipta oleh manusia mungkin dibuat berdasarkan kecenderungan kendiri, pra konsepsi, prejudis dan kesilapan (Azizah, 2001).

Norma atau ‘normspula merupakan suatu peraturan informal yang dipegang oleh kelompok masyarakat. Ia berbentuk batasan. Seseorang yang melanggar norma- norma sesuatu masyarakat itu menunjukkan kegagalannya mentaati kontrak sosialnya dengan masyarakat tersebut. Bagaimanapun, norma tidak konsisten di antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Contohnya, dalam masyarakat Barat, mungkin seseorang yang bersendawa ketika di meja makan itu tidak mematuhi norma mereka akan tetapi di negara kita, ia dianggap sebagai perkara biasa.

Etika atau ‘ethicsatau ‘ethosdalam bahasa Greek, bermaksud perlakuan seseorang. Pada masa kini, etika lebih berkisar pada makna pegangan nilai baik yang mendasari sesuatu amalan masyarakat atau profesion. Contohnya, profesion kedoktoran ada etikanya, begitu juga profesion guaman dan undang-undang. Ia merujuk kepada tindak-tanduk kita yang dianggap menyalahi nilai baik dalam ruang lingkup kecil komuniti tersebut. ‘Mannerspula merujuk kepada sopan santun dan perlakuan yang beradab. Ia mempengaruhi nilaian terhadap tahap moral seseorang. Seseorang yang perlakuannya tidak bersopan bagaimanapun tidaklah sampai menjadikan ia tidak bermoral. Cuma ia kurang manis atau kurang bijaksana.

Akhlak adalah paduan kepada konsep-konsep di atas. Ia menggambarkan keperi- badian seseorang, budi pekertinya dan cara ia menyesuaikan diri pada setiap masa dan keadaan. Seseorang yang berakhlak mulia akan disenangi oleh orang di sekelilingnya. Malah lebih jauh daripada itu Islam memandang akhlak sebagai buah kepada iman dan tidaklah dianggap kuat iman seseorang yang tidak mantap akhlaknya. Akhlak dalam pengertian yang luas tidak sama seperti moral. Menurut Ghazali (2001) pengertian akhlak amat jelas berbanding moral kerana;

  • (i)

    Ia merangkumi zahir, batin dan pemikiran.

  • (ii)

    Ia mementingkan hubungan dengan al-Khaliq.

  • (iii)

    Ia berpandukan al-Quran dan al-Hadis.

47

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views76
Page views79
Page last viewedMon Dec 05 12:02:09 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments