X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 4 / 26

70 views

0 shares

2 downloads

0 comments

4 / 26

Untitled-67

48

MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI

  • (iv)

    Ia bersifat mutlak.

  • (v)

    Matlamatnya untuk keredaan Allah s.w.t.

  • (vi)

    Ia bersifat universal dan sempurna.

Pendidikan pula sering ditakrifkan sebagai proses bagi mengubah tingkah laku seseorang itu hasil dari pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang dipelajarinya (Mohd. Kamal, 1988). Falsafah Pendidikan Kebangsaan mentakrifkan pendidikan sebagai usaha yang berterusan bagi memperkembangkan potensi individu pelajar yang seimbang sama ada dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Ini sesuai dengan pentakrifan pendidikan yang diutarakan oleh as-Syeikh Dr.Yusuf al-Qardawi iaitu pendidikan itu harus bersifat utuh, ia mencakupi akal dan hati, rohani dan jasmani serta akhlak dan ketrampilan.

Sebagai rumusannya, sama ada tahap moral atau akhlak tinggi mahupun adab sopan yang baik, ini semua menggambarkan baik budi dan tinggi peribadi seseorang manusia. Ia perlu dipupuk melalui pendidikan terutamanya dalam tahap-tahap awal kehidupan individu itu. Dan manakah lagi tempat yang lebih sesuai disemai benih yang baik jika tidak dari dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

2.1

Nilai dan Ciri-ciri Moral Tinggi

Tahap moral dapat diukur dari tiga perspektif asas. Pertamanya dari perspektif peribadi. Seseorang itu akan menimbangkan dahulu kesan daripada setiap gerak- langkah yang akan diambil ke atas dirinya pada masa akan datang. Apakah tindakan tersebut akan mendatangkan manfaat atau mendatangkan mudarat. Seterusnya, baharulah kita dapat mengukur tahap moral seseorang pada perspektif sejagat. Iaitu mengukur tindakan seseorang pada nilaian masyarakat sejagat atau sekeliling. Jika sesuatu perlakuan itu bersesuaian dan dipersetujui oleh masyarakat sejagat, maka ia dianggap akan memberi kebaikan kepada persekitaran pelakunya. Ketiga baharulah kita membicarakan tahap moral pada perspektif mutlak. Ini merujuk kepada tahap moral yang dipandu oleh kepercayaan seseorang itu kepada kuasa yang terulung atau tertinggi. Ia akan menggalakkan seseorang itu memegang prinsip-prinsip moral kerana keyakinannya bahawa ini adalah kehendak the superior power atau lebih tepat dipanggil Yang Maha Kuasa iaitu Allah Tuhan Rabbul Jalil, Pencipta dan Pemilik sekelian alam.

Dengan pengkelasan tahap moral seseorang itu, kita sepatutnya boleh mengenalpasti ciri-ciri dan nilai moral tinggi dalam ketamadunan manusia ini. Tahap perlakuan moral seseorang itu juga kita dapat lihat dari beberapa aspek. Kita akan melihat konsep moral dari kacamata pengkajian sekular mahupun dari perspektif Islam. Secara umumnya, konsep moral sekular terbahagi kepada tiga tahap.

Pertama, tahap moral yang tertinggi iaitu kemoralan agama. Kemoralan ini sebenarnya adalah kemoralan tahap tertinggi lantaran asasnya adalah kepercayaan

48

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views70
Page views73
Page last viewedFri Dec 02 18:51:19 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments