X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 5 / 26

72 views

0 shares

2 downloads

0 comments

5 / 26

Untitled-67

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI

49

dan keyakinan terhadap alasan yang abstrak sebagai asas perlunya berperilaku bermoral. Agama banyak memperkenalkan konsep-konsep yang abstrak dan ghaib seperti kekuasaan tuhan, hari pembalasan dan sebagainya yang agak sukar untuk difahami dan ditaakuli menggunakan akal manusia yang amat terbatas kebolehannya. Justeru dengan keadaan ini, perlakuan bermoral yang berasaskan kepercayaan kepada perkara-perkara yang bukan fizikal tentunya memerlukan keyakinan yang kuat dan penuh. Sebagai contohnya, kita takut untuk melanggar undang-undang jalanraya kerana kewujudan penguatkuasaan yang jelas seperti pasukan polis dan Unit Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalanraya. Akan tetapi, keyakinan kepada perkara ghaib seperti beriman kepada Allah, pembalasan dari alam kubur hinggalah ke mizan, titian sirat dan dihumban ke api neraka tidak dapat dibayangkan melainkan berlandaskan perkhabaran dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ia tidak berbentuk ancaman fizikal.

Kedua dipanggil kemoralan alam. Kemoralan alam merujuk hubungan manusia dengan alam semulajadi dan tanggungjawab memelihara keindahan dan kesejahteraan alam sekelilingnya. Ini penting demi menjamin kesejahteraan kehidupan manusia itu sendiri pada masa akan datang.

Ketiga ialah kemoralan sosial. Ini merupakan aspek terpenting dalam kemoralan seseorang itu dari kacamata sekular kerana manusia tidak boleh hidup sendirian dan memerlukan manusia lain disekelilingnya. Untuk itu, dia mestilah boleh diterima dengan baik oleh orang sekelilingnya. Ini akan dicapai apabila tingkah lakunya bersesuaian dengan prinsip-prinsip moral dan orientasi nilai masyarakat sekelilingnya. Melalui interaksi yang baik ini, keharmonian akan tercapai dan pergaduhan serta perselisihan dapat dielakkan.

Dari perspektif Islam pula, as-Syeikh Dr.Yusuf al-Qardawi dalam Mustafa Kami (1994), memperincikan akhlak mulia bukan sahaja dalam ertikata sempit iaitu memelihara diri dari aspek maksiat jelas seperti yang berkait dengan minuman keras, wanita dan sebagainya sahaja, bahkan, ia meliputi ertikata yang lebih luas seperti penyesuaian dan pengendalian diri, benar dalam perkataan dan baik dalam perbuatan, amanah dalam bermuamalah, berani mengeluarkan pendapat, adil ketika membuat keputusan, tegas dalam kebenaran, bulat tekad ketika membuat kebaikan, menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar, mementingkan kebersihan, menghormati peraturan dan sentiasa tolong-menolong dalam hal kebaikan dan ketaqwaan. Pendek kata, akhlak itu adalah pemakaian harian dan tingkah laku penuh seseorang insan dari celik matanya hinggalah pejam ketika tidur.

2.2

Islam sebagai Kerangka Moral yang Ulung

Pernyataan bahawa Islam merupakan satu-satunya jalan penyelesaian terhadap permasalahan manusia bukanlah sesuatu yang baru. Ia diketahui umum sama ada oleh umat Islam yang berilmu mahupun yang tidak berilmu, juga oleh orang-orang

49

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views72
Page views75
Page last viewedSun Dec 04 09:05:57 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments