X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 6 / 26

71 views

0 shares

2 downloads

0 comments

6 / 26

Untitled-67

50

MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI

kuffar yang di dalam hati kecilnya sedar bahawa Islam agama fitrah yang amat bersesuaian dengan asal kejadian manusia itu sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya;

“Sebaik-baik manusia di kalangan kamu ialah yang paling baik akhlaknya.”

Justeru, moral Islam yang paling unggul sebagai model kemoralan umat sejagat. Kemoralan Islam berpaksikan kepercayaan dan keyakinan kita tentang kewujudan Allah, Tuhan Rabbul Jalil yang Maha Agung dengan segala sifat-sifat Rububiyah- Nya. Ia juga bersandarkan keyakinan kita bahawa kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap langkah yang diatur, setiap gerak yang dibuat, setiap niat yang tersedik dan setiap kata yang tertutur pada hari di mana tiada perlindungan yang mampu menolong kita kecuali perlindungan Allah Azza Wa Jalla.

Kemoralan agama yang terpahat ini amat berkesan dan kukuh. Ia penting dan bermula dengan pemahaman kita terhadap hubungan dan taraf letaknya di antara kita dengan Tuhan (Mohd. Janib, 1994). Menyedari bahawa manusia itu adalah hamba kepada-Nya dan wajib menunaikan apa sahaja yang diperintah-Nya itu sudah cukup mengikat kita pada janji-janji kita untuk menjadi hamba yang taat dan beramal soleh.

Rasulullah s.a.w sendiri, yang diakui oleh Saiyidatina Aisyah sebagai manusia yang berakhlakkan al-Quran itu teramat mulia pekertinya. Bahkan baginda pernah bersabda tentang misi dan tujuan kehidupan baginda di atas muka bumi ini. Ia berbunyi:

“Sesungguhnya aku tidak diutus melainkan untuk memperelokkan akhlak yang mulia”.

Pendidikan Islam itu sendiri berpaksikan tauhid, berasaskan syariat dan me- mentingkan akhlak yang mulia. Bahkan, manifestasi iman dan amal soleh hanya boleh diukur melalui akhlak mulia muslim yang menandakan kesempurnaan interaksinya dengan Tuhan, alam dan manusia sekelilingnya sebagaimana yang diturunkan dalam al-Quran supaya hamba-Nya menjaga hubungannya dengan Allah dan hubungannya dengan manusia. Soalannya, mengapakah kemoralan agama itu begitu unggul? Ini boleh dilihat dari beberapa faktor, antaranya (Mohd. Janib, 1994);

  • (i)

    Moral agama merupakan disiplin yang ketat, ia tidak menyediakan ke- kecualian dan pintu belakang atau jalan mudah untuk mana-mana individu. Ia juga tidak bersifat ‘double standard’ bahkan ia lebih berat dipraktikkan ke atas orang yang lebih berpangkat dan berpengaruh berbanding dengan orang awam.

  • (ii)

    Moral berlandaskan agama ini bersifat mutlak dan konsisten. Asas akhlak dan prinsip ketauhidan dan syariat Islam tidak pernah berubah. Hukum- hukumnya jelas tanpa sebarang kekeliruan sejak ia diturunkan di zaman

50

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views71
Page views74
Page last viewedFri Dec 02 23:10:47 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments