X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 7 / 26

85 views

0 shares

2 downloads

0 comments

7 / 26

Untitled-67

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI

51

Rasulullah s.a.w lagi hinggalah ke zaman ini. Ia berlandaskan wahyu yang tidak terbanding dengan akal manusia dan tentunya tidak dapat dicabar oleh akal manusia. (iii) Dasar moral agama amat kukuh- ia tidak mempunyai sebarang cacat dan celanya. Bahkan ia bersifat ‘absolute’. Selagi seseorang itu beriman, tidak kira di mana dan bila, ia akan sentiasa sedar bahawa ia dipantau oleh malaikat dan diperhatikan oleh Allah. Malah W.M Dixon mengakui bahawa walau apapun keadaan penerimaan kita terhadap kemoralan berasaskan agama, ia tetap “merupakan dasar yang paling kuat bagi moral”.

Jelas bahawa prinsip dan dasar moral agama yang terunggul kerana ia membekalkan kepada manusia suatu doktrin moral yang ketat, konsisten dan ‘absolute’. Ia dipres- kripsikan oleh Tuhan Pencipta dan Pemilik langit dan bumi yang sudah tentunya Maha Memahami penciptaan-penciptaan-Nya. Bahkan, doktrin kemoralan agama yang diajukan oleh Islam bersifat sejagat dan boleh diterima-pakai oleh semua bangsa, tidak kira sempadan geografi dan budaya. Islam, sebagai agama fitrah bukan sahaja diutus untuk semua manusia bahkan ia adalah rahmat untuk seluruh alam. Sifatnya yang nakliah itu juga menjadikan ia tidak tercabar oleh akal dan minda manusia. Ia tentunya boleh diterima dan dipertahankan apabila dihujahkan. Seperkara lagi ialah model yang mempraktikkannya merupakan insan yang tiada tolok bandingnya, Nabi Muhammad s.a.w. Bahkan pengiktirafan kepada baginda sebagai individu terpuji berterusan sepanjang zaman, sejak dari zaman jahiliyah lagi dengan panggilan al-Amin, yang bermaksud ‘orang yang paling amanah’.

Pada zaman kontemporari ini juga tidak kurang sarjana Barat yang mengakui keunggulan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dari segenap aspek. Dengan sifat-sifat baginda yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi, Islam menjadi kukuh dan dapat menyinari alam. Ia disegani oleh musuh dan dikasihi oleh kawan. Jika dijadikan junjungan mulia, Nabi Muhammad s.a.w sebagai pengukur keunggulan kemoralan agama berbanding lain, maka jelaslah, moral agama memang unggul dan tiada tolok bandingannya.

3.0

AGEN PENDIDIKAN MORAL DAN PERANAN KELUARGA SERTA MASYARAKAT

Nel Noddings (1992) dalam Ghazali dan Yusfarina (2001) menyatakan bahawa faktor kelemahan pendidikan moral adalah berpunca dari ‘shallow educational response to deep social change’. Menurut beliau yang dimaksudkan dengan ‘deep social changeitu ialah pola pekerjaan, ketidakstabilan rumah tangga, gaya kehidupan dan keluarga yang mementingkan keseronokan, tabiat yang lebih cenderung bersifat lucah dari segi cara berpakaian, cara bercakap dan cara bertingkah laku. Sehubungan itu, dalam konteks masyarakat Melayu, pepatah Melayu menyebut:

51

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views85
Page views88
Page last viewedThu Dec 08 06:45:52 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments