X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 8 / 26

79 views

0 shares

2 downloads

0 comments

8 / 26

Untitled-67

52

MOHD. AZHAR, AZMI SHAH & MUHAMAD FAUZI

“jikalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Tidak syak lagi bahawa ketika masih kecil dan dalam keluarga pendidikan asas dan pembentukan keperibadian itu mesti diberikan dasar yang jelas dan kukuh. Jika dalam pengkajian pendidikan Islam, sabda Nabi Muhammad s.a.w yang amat penting tentang pendidikan ialah seperti terjemahan di bawah:

“Bermain-mainlah dengan anak kamu pada usia 1-7 tahun, didiklah anak kamu pada usia 8-14, dan bersahabatlah dengan anak kamu pada usia 15-21”.

Dari hadis di atas, prinsip pendidikan dihuraikan dengan jelas, lengkap dengan peringkat dan fasa-fasanya. Kesemua fasa sebenarnya adalah fasa-fasa pendidikan dan pembentukan keperibadian anak-anak. Cuma yang berbeza adalah pendekatannya. Ketika usia kurang 7 tahun (peringkat pertama), kanak-kanak perlu dididik dengan konsep ‘bermain-main’ iaitu teknik yang lebih hampir dengan simulasi, cerita-cerita pedoman atau mungkin juga pemainan yang disusuli dengan penerangan tentang moralnya.

Peringkat yang kedua pula lebih menjurus kepada pendidikan yang lebih ‘direct’, memaparkan konsep-konsep hukuman, merit dan dimerit dan penjelasan atas apa yang harus dilakukan. Islam menunjukkan bahawa pendidikan harus melalui pendekatan yang sesuai dan bukan dengan sembarangan semata-mata. Allah s.w.t mengarahkan kita mendidik anak-anak dan masyarakat (menyeru ke arah ketaatan pada Ilahi) dengan berhikmah dan melalui perkataan-perkataan yang baik. Secara tidak langsung, ini menyentuh metodologi dakwah dan akhlak seseorang da’i itu sendiri.

Begitulah juga pada peringkat ketiga pendidikan harus bersifat ‘indirect’, ia mendekati jiwa remaja yang bergejolak itu, yang idealismenya tinggi, yang hatinya sensitif dalam bentuk berkawan-kawan, lengkap dengan ciri-ciri simpati dan empati yang boleh menjadi pendorong kepada remaja mengekalkan hubungan yang harmonis dan erat dengan ahli keluarga yang lebih tua. Melalui kaedah ini, sudah tentu pendidikan tidak akan tergugat dengan faktor-faktor fisiologi dan psikologi kanak-kanak yang sentiasa berkembang sehingga ia mencapai tahap kedewasaan kelak.

Sehubungan dengan perkara di atas, Professor Dr. Mohd. Kamal Hassan (1988) telah menyatakan bagaimana seharusnya akhlak didekati dalam pendidikan anak- anak demi melahirkan generasi madani. Menurut beliau, pendekatan boleh diambil dalam tiga peringkat:

(i)

Membetulkan falsafah, kurikulum dan tujuan pendidikan. Akhlak tidak boleh diberikan tempat yang terasing, terpisah dan tersisih dalam sistem pendidikan kita.

52

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views79
Page views82
Page last viewedTue Dec 06 18:17:44 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments