X hits on this document

PDF document

1.0 PENGENALAN - page 9 / 26

69 views

0 shares

2 downloads

0 comments

9 / 26

Untitled-67

SENARIO PENDIDIKAN MORAL MASYARAKAT MELAYU ZAMAN TEKNOLOGI

53

  • (ii)

    Ilmu akhlak harus dipelajari secara praktikal dan bukan dengan pemahaman teori sahaja. Ia harus dilihat sebagai satu instrumen penting bagi mencapai keredhaan Ilahi. Usaha yang komited oleh para pendidik dari peringkat tadika hinggalah ke menara gading bagi mengasimilasikan dan menghayati ahklak yang mulia. Ini juga harus disokong dengan pembudayaan dan penguatkuasaan oleh pihak pemerintah.

  • (iii)

    Baharulah kita dapat melihat pendidikan akhlak yang berkesan itu mampu melahirkan generasi bakal pemimpin masyarakat dan negara yang tidak tamak kuasa atau harta, amanah, jujur dan adil dan akan mengutamakan kepentingan rakyat pada setiap masa dan keadaan.

Kesemua ini perlu diletakkan asasnya dalam institusi keluarga, baharulah ber- kembang ke peringkat kampung, mukim, daerah, negeri dan negara. Begitulah pentingnya keluarga dalam pembentukan akhlak anak-anak. Justifikasi bahawa contact hours’ anak-anak itu lebih banyak di rumah itu semestinya penting dan perlu dipertahankan. Sebab itulah, budaya ‘nuclear family’ yang amat meluas dalam masyarakat globalisasi ini berupaya merobek dan menghancurkan institusi pembentukan moral masyarakat kita.

Lanjutan daripada itu, tanggungjawab pula dipindahkan ke bahu pengamal- pengamal pendidikan dari pelbagai lapis sistem yang juga sudah menghadapi over-heating process akibat gagal menyaingi pengaruh dan cabaran yang datang dari segenap sudut. Sampai bilapun, guru tidak boleh diharapkan untuk mendidik anak-anak kita dengan dasar-dasar pembentukan asas keperibadian. Mereka tidak mempunyai ‘hereditary inclination’ terhadap anak kita. Mungkin untuk pemantauan dan pengembangan susulan dari apa yang telah dipupuk di rumah, mereka mampu melaku-kannya. Tetapi untuk menyuntik gagasan, misi dan wawasan, lebih-lebih lagi asas-asas kefahaman keimanan dan sahsiah mulia, mereka kekurangan autoriti, masa dan sumber untuk melaksanakannya. Mereka juga memikul seratus satu macam tugas lain daripada memberi ilmu, menguruskan kedatangan anak-anak kita, memberi semangat, menjaga persatuan dan bermacam-macam lagi, senarainya tidak akan putus.

Keluargalah yang lebih tepat menjalankan amanat Ilahi ini. Bahkan, Islam me- negaskan tanggungjawab ini dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w yang berbunyi (terjemahannya);

“Anak-anak adalah umpama sehelai kain putih, ibubapalah yang akan men- jadikannya muslim, nasrani atau majusi.”

Jika kehidupan ini dianalogikan sebagai sebuah drama, jelas menunjukkan betapa ibu bapa merupakan watak utama dalam drama alam pendidikan anak-anak terutama apabila berkait dengan soal keimanan dan keperibadian. Pihak lain mungkin boleh

53

02/16/2007, 18:16

Document info
Document views69
Page views72
Page last viewedFri Dec 02 18:50:04 UTC 2016
Pages26
Paragraphs430
Words9433

Comments